Sabtu, 22 September 2012

DATA PALSU?


SPR vs PR

ABD AZIZ Vs SAIFUDDIN
 SURUHANJAYA Pilihan Raya negara (SPR) menegaskan dakwaan Parti Pakatan Rakyat Rakyat (PR) bahawa agensi itu menipu dalam data senarai pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak adalah tidak benar di sini
             Manakala dalam mempertahankan dakwaan itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bertegas amat yakin dengan dengan laporan audit partinya itu sekali gus menganggap SPR sebagai penipu besar berikutan agensi itu dikatakan telah merekodkan fakta yang salah dalam senarai pengundi berdaftar di Selangor  di sini. 

MELAYU ITU ISLAM


DI MALAYSIA, ISLAM ITUPUN MELAYU!

jagindas..
Saya tertarik membaca entry Dr Ismail Ibrahim bertajuk Innocense of Muslims dan sekawan serigala yang dikeluarkan oleh akhabr sinar Harian di sini. Pada hujung tulisannya beliau menyeru agar umat muslim di negara ini menjelma menjadi serigala daripada menjadi manusia!
            Beliau berkata demikian setelah berasa yakin dengan pandangan jauh hukamak tersebut seterusnya membandingkannya dengan perbalahan umat muslim di negara ini yang berbeza dengan ideologi serta fahaman plolitik masing-masing.
            Apa yang jelas, jika kita mengambil iktibar dalam negara ini kisah tiga seriga itu sudah lama dipraktik oleh puak lain (yang bukan muslim). Mereka nampak berpecah dalam beberapa parti tetapi dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan kaum sendiri mereka dilihat tetap memberikan sokongan sama ada secara terang-terangan mahupun menerusi medium lain.

Jumaat, 21 September 2012

PENDUDUK SEMAKIN RESAH


Pecah Rumah Kian Menjadi-Jadi

SEMALAM beberapa rakan datang ke rumah saya dan sambil kami minum-minum, seperti biasa perbualan kami menyebut pelbagai perkara. Namun malam tadi kami lebih bercerita tentang beberapa kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di sebuah pekan kecil dan kampung sekitarnya di Tanjong Tualang.
            Tiba-tiba, pagi tadi sebaik sahaja saya balik dari pasar, jiran saya bertanyakan saya adakah rumah saya kena umpil malam tadi. Saya terkejut dengan pertanyaan itu lalu ia memberitahu bahawa rumahnya dan jiran kami yang satu lagi telah di umpil oleh penyangak malam tadi sekitar 4 pagi - 6.30 pagi.
            Hasil pemeriksaan saya dapati rumah saya masih belum diusiknya. Mintak-mintak dipeliharakan Allah. Bagaimanapun, kata jiran saya itu penyangak terbabit yang mengunakan kaedah mengait barangan yang di curi menggunakan galah gagal mendapatkan hasil curinya.
            Seebelum itu, pada petang semalam juga, ketika berbual-bual dengan seorang taukeh kedai runcit mengenai perkara yang sama, taukeh itu dengan nada sinis berkata:
            "Pencuri memang suka buat kerja di sini sebab sini semuanya ada. Kita ada banyak peremis judi haram, nombor ekor haram, sarang burung walid atas bangunan, macam-macam pun ada. Tempat ini banyak mewah!," katanya.
            Ada sebuah kampung, saya di faham Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan dan Kerja (JKKK)-nya setiap malam membuat giliran "menjaga kampung" namun kes yang serupa berlaku juga malah meraka gagal menangkap dan mengenalpasti penyangak tersebut.
            Senario ini merimas dan melemaskan penduduk. Ada yang kata pencuri terbabit dipercayai menggunakan "ilmu hitam" kerana dia juga begitu mudah masuk  ke rumah orang cina dan india yang kebanyakannya memiliki anjing.
            "Orang dalam rumah langsung tak sedar, anjing pun tak bising. Saya ingat dia (penyangak) ada pakai ilmu la.." kata peniaga kedai runcit, Ah Meng, yang turut merasa cemas dengan kejadian tersebut.


Jagindas: kacau sudah mari..!

Khamis, 20 September 2012

JANGAN LAMA SANGAT PEGANG JAWATAN


Berapa Lama?

TUN MAHATHIR .... gigih memerintah selama 22 tahun 
"Seseorang pemimpin tidak seharusnya terlalu lama memegang jawatan, sebaliknya perlu berundur apabila tiba masanya walaupun masih popular di kalangan rakyat,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. (sinar harian)


SEPINTAS lalu, memang ada betulnya kata-kata Tun ini.  Barangkali kata-katanya itu mungkin menyindir beberapa pemimpin yang sudah begitu lama di atas takhta tetapi masih belum menampakkan riak untuk berundur atau mengundurkan diri secara terhormat  di sini.
            Persoalannya, berapa lamakah tempoh yang dimaksudkan "jangan terlalu lama" itu?  Adakah Tun bermaksud seseorang pemimpin itu jangan sampai melebihi 22 tahun memegang jawatan?
            Begitupun, semua pemimpin wajar berundur segera jika sudah ada tanda-tanda rakyat tidak lagi berkenan sebelum ia menjadi beban dan mendatangkan malang kepada parti dan kerajaan. Tidak kiralah walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat atau seminima tiga tahun!


Jagindas: ye ke?