Sabtu, 29 September 2012

GURU BESAR HARUAN TASIK


Rosak Susu Sebelanga Dibuatnya!

KEPALA HARUAN....Lapar tak mengira mangsa!
Maaf cakaplah kalau benar kes ini berlaku dan bukan fitnah, MAKA;

JIKA siasatan mendapati benarlah guru besar ini melakukan perbuatan onar tersebut, maka Kementrian Pelajaran (KPM) jangan beri pengampunan lagi meskipun usinya sudah 57 tahun, tamatkan saja perkhidmatannya dan semua kemudahan persaraannya dinafikan baca di sini.             Sebagai langkah awal, KPM perlu gantung tugas haruan besar  ini serta-merta.
            Walaupun, barangkali kes seperti ini dianggap terpencil, namun jangan jadikan sebab nila setitik rosak susu sebelanga, jangan disebabkan seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit! Nyahkan si sex maniac ini dari kamus perguruan.
            Kepada pegawai penyiasat, mohon buat laporan selengkap-lengkapnya. Elakan penjenayah terlepas hanya disebabkan kesilapan teknikal yang amat kecil.
           

Jagindas: haramjadah punya guru besar (kalaulah benar laporan tu..)


RELEKS SEKEJAP DI HUJUNG MINGGU

Selepas Selesa Dengan Bajet 2013

Selepas Isyak tadi, saya sempat berkumpul dengan rakan-rakan di warung yang biasa. Tidak lain tidak bukan tentu saja topiknya perihal bajet 2013 yang dibentang petang tadi.
             Rata-rata semuanya berpuas hati dan saya percaya rakyat jelata yang lain juga tentunya gembira dengan kandungan bajet tersebut. Syabas kepada kerajaan BN dan tahniahlah kepada Perdana Menteri serta barisan kabinetnya.

Jumaat, 28 September 2012

BAJET 2013 - KOMEN JAGINDAS


Barangkali Ada Yang Terlupa
(rugi kalau tak baca sampai habis..)

GAMBAR HIASAN..

PEMBENTANGAN BAJET 2013 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, petang tadi. Satu bajet yang mantap dan bersesuaian menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13).           Apapun alasannya, bajet yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" itu adalah jelas sebagai satu inspirasi untuk PRU13. Kalau tak menang juga tak tahulah...
            Pun begitu, ia bukan bermaksud "gula-gula" memancing undi sebaliknya sebagai isyarat memberitahu rakyat bahawa kerajaan sedia ada memang terbukti teguh serta berkemampuan memenuhi aspirasi rakyat negara ini berbanding pihak lawan yang hanya terkial-kial mencanang "angin syurga" tetapi belum teruji kemampuannya.
            Namun, beberapa perkara yang saya harapkan dalam bajet berkenaan tidak disebut. Tapi saya faham, siapalah saya untuk mempersoalkannya. Sebenarnya, saya mengharapkan bajet tersebut memasukkan: 

TAUBATLAH NUAR


Sementara Usia Masih  Ada..

Add caption
SERUAN  supaya  Anwar Ibrahim bertaubat sudah banyak kali kita dengar. Orang kafir sendiri, Karpal Singh,  pernah meminta Anwar berbuat demikian. Dan, terbaru golongan ulamak termasuk ustaz  Fathul Bari Mat Jahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulamak Muda  (Ilmu), turut meminta Anwar bertaubat berikutan keceluparannya mengecap 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslims di sini.
                        Betullah tu, sebagai orang Islam apa lagi yang berstatus ulamak,  tugas menyeru ke arah kebaikan adalah kewajipan kita. Terpulang kepada yang di seru sama ada mahu atau tidak mengikut seruan kita. Ini semua kerja Allah Taala. Taufik dan hidayah adalah miliknya. Dia akan berikan kepada siapa sahaja yang Dia mahu. Demikian kehendak Allah!
                        Seperti yang kita maklum, Nabi (saw) sendiri pernah gagal menyeru salah seorang bapa saudaranya memeluk Islam hingga ke akhir hayatnya. Itu Nabi. Inikan pula kita manusia biasa.
                        Dalam pada itu, ulamak-ulamak juga perlu mengingatkan iman-imam kita adakah mereka juga telah bertaubat sebelum menjawat jawatan imam. Ini kerana, ada sesetengah imam yang dilantik, latar belakang terdahulunya  pun teruk juga. Ada yang pernah kaki judi, kaki ronggeng bahkan barangkali ada juga yang pernah jadi kaki perempuan! MasyaAllah! Tapi dek kerana ada ilmu, maka dihujung-hujung usia mampulah juga dia menjadi  imam. 
                        Namun, kes yang macam ini, mereka perlu taubat nasuha dulu. Saya fikir, memperbetulkan dalam saf kita dulu lagi afdhal.



Jagindas:  ada imam yang tak boleh ditegur kesilapannya!