Jumaat, 12 Oktober 2012

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT

GAMBAR HIASAN

Akhirnya Jatuh Ke Tanah jua...

ALHAMDULILLAH..Akhirnya jatuh juga tupai ke tanah setelah puas melompat-lompat dari dahan ke dahan dengan angkuh dan riaknya! Berkat kerjasama dan kesabaran penduduk akhirnya penantian membuahkan hasil.
            Setelah lebih sebulan penduduk berjaga malam mengawal kampung namun semalam maka bertemulah buku dengan ruas. Bertemuah rabu dan khamis. Seorang penjenayah yang licik sebelum ini memecah masuk rumah penduduk sekitar Tanjong Tualang akhirnya tersungkur setelah terkejut dengan jeritan seorang penduduk.
            Kejadian berlaku antara pukul 5 dan 6 pagi tadi, di mana seorang penduduk terkejut dengan bayangan seseorang yang cuba memasuki rumahnya dari pintu belakang.
            Terkejut dengan bayangan itu, penduduk tadi menjerit menyebabkan adik beradiknya serta penduduk lain keluar mengejar dan mengepung penjenayah berkenaan. Dan, peristiwa kepung mengepung itu berkesudahan dengan bedal membedal sehingga lembik sebelum penjenayah terbabit diserahkan kepada polis.
            "Sekarang terpuanglah kepada polis untuk mencari saki baki atau kaum kerabat penjaenayah tersebut kerana kita percaya sekurang-kurangnya dua tiga orang lagi masih bebas," kata seorang penduduk yang lega dengan tangkapan itu.
            Sebelum ini setiap malam tiba sehingga menjelang pagi, penduduk sentiasa bimbang dan takut kerana hampir setiap malam berlaku kes pecah rumah dan kecurian. Penduduk khususnya kaum wanita tambah bimbang kerana penjenayah terbabit dipercayai lebih seorang dan bersenjata serta memakai topeng.
            Berikutan itu, penduduk di beberapa kawasan sekitar Tanjong Tualang mengadakan jadual rondaan berkala bagi menangkap penjenayah tersebut.

Jagindas: muafakat membawa berkat


Khamis, 11 Oktober 2012

DIPETIK DARI BERNAMA


Pas sanggup dikatakan menang kerana DAP - Nik Aziz

TOK GURU NIK AZIZ
KOTA BAHARU 11 Oktober, 2012

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.
            Jagindas: betul tu tok guru. biarlah apa mereka nak kata. yang penting kejayaan kita. teruskan tok guru!

            Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.
            Jagindas: depa yang kata silap, tok guru tak silap apapun. jangan pedulilah! kalau semua nak diambilkira tak jadi kerja kita tok guru. depa yang buta!lagi pun depa mengaji had mana pun...

            "Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS "bersekongkol" dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.
            "Yang depa nampak DAP tu komunis dan anti Islam saja. Depa tak nampak pulak yang DAP bagi undi pada PAS, yang tu yang kita nak pun, bukan kah?", kata jagindas kepada tok guru.

            Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.
            Jagindas pun sudah mengulas untuk beri sokongan moral kepada tok guru.

            Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup Pas mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP. Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - BERNAMA
            Jagindas: Alhamdulillah, Dr Shahnon telah diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt. Demikianlah jika Allah menghendakinya! betullah seperti apa yang Tun Mahathir cakap di sini


Jagindas: wallah hu'allam. habis tu, nak kata apa lagi.....

BUATLAH KERJA DI BELAKANG TABIR

SHAHRIZAT...apa benda yang di sukat tu

Nasihat Ahli Kepada Sesetengah Pemimpin Parti

ADA KETIKANYA, malah barangkali juga sehingga selesai pilihan raya umum ke 13 (PRU13) beberapa orang dari kalangan politik BN eloklah mendiamkan diri. Kalau nak beri sokongan kepada kerajaan atau BN pun buat cara lain. Tidak perlu mendedahkan diri. Dalam kata lain, tidak perlulah menggunakan media atau publisiti politik lagi. Dalam keadaan sekarang, ada muka-muka tertentu kalangan pemimpin UMNO boleh membantutkan sokongan rakyat kepada BN.

Rabu, 10 Oktober 2012

GERAKAN PENGKRISTIANAN

Pesakit Hospital Jadi Sasaran

GAMBAR HIASAN UNIT ICU
PENULIS tidak terkejut dengan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap gerakan memurtadkan umat Islam semakin agrasif sehingga dikatakan kini sedang menyusup ke hospital seperti dilaporkan di sini
            Sebenarnya penulis juga sudah lama melihat keadaan ini ketika melawat rakan damai yang terlantar di hospital. Benarlah seperti apa yang dilaporkan itu.
            Berpuluh kali saya menziarahi sahabat handai yang terlantar di hospital, namun tidak pernah sekalipun saya bertemu dengan golongan pendakwah atau pegawai-pegawai agama Islam mahupun sesiapa sahaja yang berautoriti dalam bahagian itu menyusuri dari katil ke katil pesakit terutama mereka yang sedang tenat. Sedangkan, saya kerap pula bertemu dengan kumpulan mubaligh kristian.
            Timbul tanda-tanya, apakah akan hilang status ulamak, imam, bilal atau pegawai agama jika mereka turut melakukan seperti mubaligh kristian itu? Hilangkah bisa ular jika menyusup akar? Atau, najiskah pesakit itu sehingga dikhuatiri akan dijangkiti penyakit jika kerap menziarah pesakit?