Jumaat, 19 Oktober 2012

BERTAQWA DAN YAKINLAH KEPADA RESTU ALLAH


Ramaikanlah Umat Islam Secara Halal

RAMJEET DAN ISTERINYA, SHAKUNTALA SERTA ANAK MEREKA
KISAH benar yang dipaparkan di beberapa akhbar semalam tentang sepasang suami isteri warga emas dari latar belakang keluarga miskin tetapi masih mampu melahirkan anak yang sihat serta bersedia membesarkannya menarik perhatian saya.
            Bukanlah soal kehidupan seks pasangan suami berusia 96 tahun dan isterinya 60 tahun itu yang mampu seghairah melakukan aktiviti seks sehingga dua tiga "round" semalam mahu pun latar belakang mereka yang miskin yang menjadi tarikan penulis.
            Tetapi adalah kesanggupan, kecekalan serta keredhaan mereka untuk menerima bayi ketika usia mereka sebegitu sedangkan mereka tahu untuk membesarkan anak tersebut bukanlah suatu perkara mudah berbanding kehidupan mereka sekarang.
            Menurut Ramjeet Raghav, 96, dia dan isterinya Shakuntala, 60, sudah berusaha untuk tidak mendapatkan anak lagi namun dengan kehendak Tuhan mereka dikurniakan juga.
            Pun begitu pasangan tersebut tetap gembira malah terus meningkatkan azam memperbaiki taraf hidup bagi memastikan anak-anaknya dibesarkan dengan sempurna termasuk mendapat pendidikan yang secukupnya.

PUSAT KOMUNITI WARGA EMAS DI KOMPLEKS PERUMAHAN

GAMBAR HIASAN

Kerajaan Prihatin Terhadap Warga Emas


SARANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya diadakan pusat aktiviti bagi golongan warga emas di semua projek perumahan dengan kelengkapan sama seperti menyediakan taska atau tadika amat wajar diambil perhatian berat oleh pihak pemaju perumahan kerana ide itu amat bertepatan pada masanya serta bersesuaian dengan kaedah penempatan rakyat masa kini terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar  baca di sini.
            Ramai kalangan warga emas sekarang menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dalam keadaan "mati angin" yang memudahkan golongan itu mendapat pelbagai serangan penyakit seperti angin ahmar (stroke) dan kemurungan.

Khamis, 18 Oktober 2012

LELAKI PERKASA, PEREMPUAN HEBAT DI DUNIA


Masih Mampu Lahirkan Zuriat Pada Usia Senja

IBARAT kelapa, lagi tua lagi likat santannya. Demikianlah Ramjeet Raghav, 96, yang kini tercatat sebagai seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia apabila dia baru-baru ini mampu menyebabkan isterinya Shakuntala, 60, melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Ranjeet, bulan lalu.
            Lelaki perkasa ini yang tinggal di Kharkhoda (India) juga mendakwa mampu melayarkan bahtera bersama isteri kesayangannya itu sebanyak dua dan tiga kali setiap malam! baca di sini  huh!
            Kehebatan Ramjeet teruji dan terbukti berikutan isterinya juga mempunyai tahap subur yang berkualiti meski sudah berusia 60 tahun. Dan, pasngan tersebut adalah dari sebuah keluarga miskin yang hanya berkeja sebagai petani dengan pendapatan kurang dari RM200 sebulan.

Jagindas: itu baru betul hebat, sebab sama-sama memang hebat, hehehehe...

SYOKNYA JADI MURSYIDUL AM PAS


Tidak Salah Kalau Terlajak Cakap

BOLA TANGGUNG....kena libas
DUA HARI lalu penulis ada menulis mengenai kisah cinta romantis antara PAS dan DAP yang sekali gus meneyentuh masa depan jawatan Murshidul Am PAS yang akan kosong buat selama-lama jika Nik Aziz berundur mahu pun mati di sini dan di sini
            Dan, hari ini seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman menyifatkan pendabikan dada Nik Aziz itu sebagai "terlajak cakap" sekali gus memperakui bahawa sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak untuk menduduki kerusi mursyidul itu di sini
            Sambut menyambut kenyataan terutama secara peribadi dari kalangan kompenan pembangkang ini adalah perkara biasa terutama apabila kekhilafan dilakukan oleh pemimpin utama mereka. Sekilas kilat ada sahaja individu yang akan mempertahankannya.
            Biarlah apa pun tetapi  berdasarkan dua stuasi itu, penulis menyimpulkan terdapat dua pemikiran di situ:
            Pertama: bak kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Padah tidak bererti terhadap manusia sejagat sahaja malah, padah juga turut berdepan dengan hukum Allah. Keterlajakan bahasa Nik Aziz itu sekali gus mencabar ketentuan Allah atau mendahulu kehendak Allah. Ini jelas lafaz angkuh dan ujub dan ia bukan peribahasa atau ibarat dan sebagainya.
            Kedua: dengan penepisan ibarat "bola tanggung" daripada Muslim Othman, turut memberi tahu bahawa Nik Aziz seharusnya mempersiapkan diri bersedia untuk menerima sepakan bola tanggung untuk mencampakknya berikutan tempatnya itu sudah amat wajar diganti baru. Nik Aziz tidak boleh mengatakan Muslim Othman tersalah cakap pulak sebab Muslim telah cuba menyelamatkan sifat terus mata Nik Aziz yang sebenarnya adalah kabur.
            
BARANGKALI, kalaulah "tersalah cakap" seperti ini lahir dari mulut orang melayu BN sudah barang tentu berasap berapi ulamak PAS suruh bertaubat dan berastaghfar dan bla bla bla....


Jagindas:Sasterawan negara, Shahnon Ahmad, ibarat orang yang sudah "unconsciousness", jadi jangan ambik hati laaa...