Ramaikanlah Umat Islam Secara Halal
![]() |
| RAMJEET DAN ISTERINYA, SHAKUNTALA SERTA ANAK MEREKA |
KISAH benar yang
dipaparkan di beberapa akhbar semalam tentang sepasang suami isteri warga emas
dari latar belakang keluarga miskin tetapi masih mampu melahirkan anak yang
sihat serta bersedia membesarkannya menarik perhatian saya.
Bukanlah soal kehidupan seks
pasangan suami berusia 96 tahun dan isterinya 60 tahun itu yang mampu seghairah
melakukan aktiviti seks sehingga dua tiga "round"
semalam mahu pun latar belakang mereka yang miskin yang menjadi tarikan
penulis.
Tetapi adalah kesanggupan, kecekalan
serta keredhaan mereka untuk menerima bayi ketika usia mereka sebegitu
sedangkan mereka tahu untuk membesarkan anak tersebut bukanlah suatu perkara
mudah berbanding kehidupan mereka sekarang.
Menurut Ramjeet Raghav, 96, dia dan isterinya Shakuntala,
60, sudah berusaha untuk tidak mendapatkan anak lagi namun dengan kehendak
Tuhan mereka dikurniakan juga.
Pun begitu pasangan
tersebut tetap gembira malah terus meningkatkan azam memperbaiki taraf hidup
bagi memastikan anak-anaknya dibesarkan dengan sempurna termasuk mendapat
pendidikan yang secukupnya.



