Jawatan Pengarah Perlu Diisi Segera
SEBELUM ini penulis ada memaparkan masalah Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) Perak sehingga sekarang (genap setahun) masih lagi belum memiliki
Pengarahnya sendiri di sini.
Cakap-cakap
luar mengatakan kesukaran pihak bekenaan melantik pengarah JPN Perak ada
unsur-unsur campur tangan politik. Menurutnya, beberapa calon yang dicadangkan
oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak
dipersetujui oleh pihak politik
negeri.
Begitulah
sebaliknya, orang yang dihajat-hajatkan sangat oleh negeri pulak tidak menepati
kretiria yang ditetapkan. Bermakna, kalau KPM lantik juga mengikut telunjuk
politik negeri Perak, tentulah akan menimbulkan masalah besar pulak di
kebelakangan hari. Siapa yang tak mahu jawatn yang menjurus kepada JUSA. Siapa
taknak atas nama jawatan itu nanti "biasanya" akan dikurnia gelaran
"DATUK". Sang isteri otomatik dapat Datin!
Itu kata
cakap-cakap khalayak yang penulis dengar. Kata sumber itu, dia sendiri dengar
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang cakap hal tersebut dalam satu
majlis.
Kalau
betullah begitu, kira negeri Perak ini teruk jugalah. Rela JPN tidak
berpengarah jika tidak bersesuaian dengan hati perut politik negeri. Beberapa
bulan sebelum ini penulis ada mendengar cakap-cakap yang sama daripada beberapa
guru dan pesara guru di negeri ini.