Jumaat, 26 Oktober 2012

JGN BIARKAN KERUSI SEJUK TERLALU LAMA


Jawatan Pengarah Perlu Diisi Segera

SEBELUM ini penulis ada memaparkan masalah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak sehingga sekarang (genap setahun) masih lagi belum memiliki Pengarahnya sendiri   di sini.
            Cakap-cakap luar mengatakan kesukaran pihak bekenaan melantik pengarah JPN Perak ada unsur-unsur campur tangan politik. Menurutnya, beberapa calon yang dicadangkan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak dipersetujui oleh pihak politik negeri.
            Begitulah sebaliknya, orang yang dihajat-hajatkan sangat oleh negeri pulak tidak menepati kretiria yang ditetapkan. Bermakna, kalau KPM lantik juga mengikut telunjuk politik negeri Perak, tentulah akan menimbulkan masalah besar pulak di kebelakangan hari. Siapa yang tak mahu jawatn yang menjurus kepada JUSA. Siapa taknak atas nama jawatan itu nanti "biasanya" akan dikurnia gelaran "DATUK". Sang isteri otomatik dapat Datin!
            Itu kata cakap-cakap khalayak yang penulis dengar. Kata sumber itu, dia sendiri dengar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang cakap hal tersebut dalam satu majlis.
            Kalau betullah begitu, kira negeri Perak ini teruk jugalah. Rela JPN tidak berpengarah jika tidak bersesuaian dengan hati perut politik negeri. Beberapa bulan sebelum ini penulis ada mendengar cakap-cakap yang sama daripada beberapa guru dan pesara guru di negeri ini.

Khamis, 25 Oktober 2012

UNDANG-UNDANG SUDAH LENGKAP

HARUSSANI ZAKARIA

Tapi Kurang Penguat-kuasaan

  “Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini   di sini.
            Penulis pun memang sokong benarlah tempelak daripada Datuk Harussani  mengenai isu tersebut. Tapi, saya hendak tegur sikitlah Jabatan Agama Islam terhadap tugas-tugas menguatkuasakan undang-undang sedia ada berkait dengan perundangan Islam.
            Maksudnya sejauh mana pihak terbabit telah melaksanakan tugas tersebut. Pemantauan  peremis-perimis judi, rumah urut dan pelacuran, kelab malam dan perimis-perimis yang berkaitan dengan penjualan dan hidangan arak membabitkan orang Islam. Kalau takut, ajaklah polis dan Rela. Takut lagi, ajaklah askar. Lagi takut, ajaklah komando! Takut juga, saja nak kena lah...
            Asyik bercakap sahaja, kerja entah mana mana sekali berlaku, dan sesekali berlaku pulak publisitinya bagai nak rak. Kerja-kerja membanteras dan penguatkuasaan ini kena dijalankan berterusan baru ada kesan kepada rakyat terutamanya kepada umat Islam yang melakukan perkara mungkar.
            Betullah kata Harussani tu, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik.


            
Jagindas: bangau oh bangau... baca juga di sini
            

TIADA PEMISAH SELEPAS USIA EMAS

gambar hiasan

Intimlah Hingga Akhir Hayat

SEBELUM ke pasar basah membeli pelbagai barang keperluan untuk hari raya kurban kali ini, saya dan isteri singgah dulu sarapan pagi di sebuah warung. Biasalah di kedai kopi ada macam-macam cerita dan hilai tawa.
            Seperti biasa juga sambil minum dan mengunyah roti canai, penulis memasang telinga sambil melihat gelagat pelanggan dan peniaga.
            Tiba-tiba seorang wanita lewat 40an menyapa perli satu pasangan suami isteri dalam lingungan usia 50an:
            "Alahai  dah tua-tua pun berkepit saja. Lain lah kalau girl ftriend..."
            Lalu dijawab selamba suami pasangan itu:
            "Kalau girl friend *awak tak bawak dia makan kat sini pun..nanti perang dunia pulak..."

            Siapapun yang mendengar gurauan ini tidak menjadi kudis - maksudnya tak ada hal. Namun bagi penulis, ada kisah yang boleh dikisahkan daripada dialog selamba bernada senda itu.

KERAJAAN SEDIA BANTU SAR, TETAPI...


Hendaklah Patuhi Peraturan Dan Saluran Sah

APABILA kerajaan meminta Sekolah Agama Rakyat (SAR) didaftarkan dengan kementerian pelajaran dan selepas itu disebut Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bukan bermakna kerajaan mahu mengambil alih keseluruhan pengurusan sekolah itu sehingga menjadikannya seperti Sekolah Kebangsaan (SK) atau pun  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
            Tidak sama sekali. Malah, kalau pihak pengurusan mahu mengekalkan namanya seagai SAR pun masih boleh. SABK cuma kod dalam pentadbiran kementerian pelajaran sahaja.
            Pendaftaran itu diperlukan kerana untuk menyalurkan wang peruntkan kerajaan tidaklah semudah yang disebut. Ada prosedur-prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh kanun kewangan negara. Ini adalah peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pihak kerana ia membabitkan wang negara yang juga wang rakyat.
            Selain itu, kerajaan juga memudahkan kerajaan menyalurkan pelbagi bantuan lain seperti tenaga pengajar yang bertauliah, peralatan pembelajaran dan sebagainya. Tauliah pengajaran amat penting sebab zaman ini banyak sangat yang mengaku ustaz dan ustazah malah yang mengaku tok guru pun ada sedangkan selain ilmunya tidak seberapa mereka juga terbabit dalam memesongkan pemikiran anak didiknya.