Selasa, 30 Oktober 2012

HATTAN LAHIRKAN HASRAT RUJUK


Isteri Pertama Tiada Tandingnya...

arianie dan hattan
PENULIS berdoa semoga hasrat yang suci itu tercapai jua. Akan benarlah, biduk lalu kiambang bertaut. Biarkan kisah yang lalu mematangkan lagi hidup kita. Tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan. Sedangkan lidah lagi tergigit...
            Rujuklah! Wahai sang isteri, terimalah keikhlasan Hattan, paling tidak demi kebahgian anak.
            Lagu ini barangkali boleh menghiburkan anda berdua  klik di sini


Jagindas: Hattan baru berniat saja, berguling-guling syaitan menangis!

MOH MELANCONG KE PERAK


"Passport Pelancongan" Untuk Pelajar


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Perak, Datuk Hamidah Osman, hari ini berkcakap tentang pelancongan di Perak lagi! Mari pakat ramai-ramai melawat Perak. Cuti sekolah dah nak tiba, mari kita bawa anak-anak dapatkan "pasport" melancong negeri Perak   di sini
            Perak ada macam-macam. Menghibur dan menenangkan..Hebat yob, hebat!
              Sambil-sambil melancong dengarkan lagu ini. Penuh fantasi lagi menghiburkan  klik di sini


  
Jagindas: Tak tahu ke mana nak pergi dah..Nak pergi tengok Kapal Korek di Batu Gajah, rasa takut kena hempap besi buruk pulak...

ZAMBRY KE PARIT?


Biar Betul, Teruk Sangatkah Pangkor?

ENTAH ya entah tidak. Semalam, penulis singgah minum di sebuah kedai kopi di pekan kecil di suatu kampung di Kawasan Parlimen Parit. Tiba-tiba saya terdengar di satu meja lain beberapa pelangggan sedang membincangkan calon-calon pilihanraya PRU13 akan datang ini.
            Khabarnya, Datuk Seri Zambry (MB Perak) akan bertanding di Kawasan Parlimen Parit. Ada yang kata DUN Bota, bahkan ada pula yang kata dia akan bertanding di DUN Belanja.!
            Hah! biar betul ni! Zambry ada masalah di Pangkor ke? Kalaulah betul desas desus ini, kepada Zambry, penulis ingatkan jangan takut. Lawanlah habis-habisan. Biar tersungkur di gelanggang sendiri, tidak ada apa megahnya menang di gelanggang orang. Apatah lagi kalau tertonggeng macam yang terjadi kepada Allahyarham Datuk Seri Megat Junid. Ingat tak?
            Harap-harap berita angin ini tidak betul. Tapi kalau betul, penulis harap Zambry fikir-fikirlah balik. Manjong dah maju, Pangkor dah membangun. Sebab, orang di situ (Parit) gelak besar bila dengar Zambry nak bertanding di kawasan berkenaan. Lain macam saja bunyi gelaknya..
            Takkanlah disebabkan gambar disimbah cat merah Zambry dah gementar habis. Berhati-hati tu memang bagus. Tetapi kadang-kadang depa-depa tu gempaq saja lebih.. Apa, you takut ka..? Kita pun biasa gempaq orang, kan..


Jagindas: Sembang-sembang dengan beberapa penduduk di Pangkor baru-baru ini, banyak yang tak syok daripada yang syok le pulak...

JAGALAH BANGSA MALAYSIA


Jika Tidak Mahu Merana Selamanya...

Najib menyaksikan perjanjian damai Bangsamora di Manila baru-baru ini

BENARLAH apa yang dikatakan oleh Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Bangsamoro (BDA) Mohammad Shuaib Yacob  iaitu Bangsa perlu dijaga jika tidak mahu ditindas kerana sekali ditindas dan dibelakangkan masyarakatnya tidak akan dihormati serta dipeduli, malah ia mengambil masa yang panjang untuk dimartabatkan semula  baca di sini
            Bagi penulis, kata-kata ini juga amat bersesuaian diperhalusi dan dihayati oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang juga beragama Islam dalam kontek kita sebagai Rakyat Malaysia. Ya, "...jika tidak mahu ditindas kerana sekali ditindas dan dibelakangkan masyarakatnya tidak akan dihormati serta dipeduli, malah ia mengambil masa yang panjang untuk dimartabatkan semula"


Jagindas:   Malah,  mungkin juga langsung tidak akan dapat diambil kembali buat selama-lamanya.