Khamis, 8 November 2012

KAFIR HARBI, KAFIR ZIMMI

DR MASHITAH..... berdasarkan sikap orang kafir

TERIMA KASIH YB DR. MASHITAH, kerana bagi penulis apa yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
tentang kafir harbi dan kafir zimmi itu lebih bernas berbanding yang dimaklumkan oleh Datuk Jamil Khir di parlimen yang sama  di sini
            Penulis tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini, tetapi oleh kerana ia memperlihatkan sesuatu yang meragukan (penjelasan Jamil Khir), maka penulis percaya dengan penjelasan Dr. Mashitan ini selesailah istilah isu kafir harbi dan zimmi ini.


Jagindas: Lain kali cakap biar TEGHANG (terang)......

INILAH BALA TUHAN


Kristian, Yahudi Tolak LGBT

GAMBAR HIASAN - berang tufan sandy

NEW YORK 6 Nov. - Tiga pemimpin agama tempatan menyatakan, Taufan Sandy yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kemusnahan besar adalah kesan daripada kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat di negara ini. Lanjut baca di sini
            Malaysia masih bernasib baik kerana pemimpin negara tetap menentang LGBT. Kalau adapun puak-puak yang seakan-akan menyokong atau mahu kerajaan membela nasib LGBT, golongan ini bukan pemimpin negara dan tidak direstui secara majoriti oleh khalayak atau rakyat jelata.
            Moralnya di sini, jika pemimpin agama Kristian dan Yahudi sendiri menolak malah memperaku bahawa Tuhan telah menurunkan bala ke atas Amerika Sharikat akibat keangkuhan ketua negaranya menyokong serta meluluskan aktiviti LGBT, mengapa pula ada seorang dua yang bergama Islam di negara ini beria-ia pulak mahu golongan songsang itu dibela? Ketua agama orang kafir sendiri menolak LGBT, apakah orang yang mengaku dirinya Islam wajar menyokong LGBT?
            Dalam Al-Quran dan sirah-sirah nabi telah diperjelaskan kisah Nabi Lut dan kaum Lut. Apakah lagi yang perlu dijelaskan bagi meyakinkan bahawa LGBT amat-amat haram serta perlu ditentang habis-habisan.


Jagindas: Tidak mampu tambah bini tetapi tetap sokong poligami



Rabu, 7 November 2012

LAGI-LAGI AES


Bosanlah!

PENULIS sebenarnya sudah naik malas untuk mengulas bab kamera perangkap hadlaju AES berikutan tarik tali antara pihak pelaksana dengan yang membantah dilihat tidak menampakan bertemu di satu noktah yang selesa meskipun diparlimen bantahan terhadap isu ini semakin meningkat berita klik di sini      
            Bagi penulis ini bukan soal mendidik masyarakat atau bebanan saman kepada pengguna mahupun soal-soal hasad dengki terhadap keuntungan syarikat yang mengendalikan projek tersebut. Tetapi soalnya adalah masa dan ketikanya tidak sesuai. Itu sahaja! Sedangkan, kalau ditangguh pun bukan lama sangat. Paling lama pun untuk tiga empat bulan ini sahaja. Lepas tu, pasanglah sebanyak mana nak pasang pun kamera tersebut.
            Benda-benda elok sekalipun, jika dibuat tidak menepati dan bersesuaian dengan masa dan keadaan, ada ketikanya memberikan mudarat kepada kita balik. Perkara baik pun yang kita buat orang akan baca tidak baik kalau tidak kena pada gayanya. Tidakkah naya namanya tu? Paling malang makan diri!
            Jadi, kepada ahli-ahli politik terutama kerabat Barisan (BN), sudah-sudahlah tu. Diam sahajalah. Lantak dia oranglah sama ada mereka nak teruskan laksana atau nak tangguh hatta nak batal sekali pun. Tak guna bercakap banyak jika pihak berkenaan masih tidak faham-faham juga. Bak kata orang Negeri SEmbilan "ngabihkan bogheh jo"
            Itulah akibatnya kalau buat kerja secara tergopoh gapah. Bila sudah jadi macam ini, ibarat kata pepatah melayu "hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati bapak". Kan, kan, kankan??
            Itulah sebabnya orang tua-tua kata, sebelum membuat sesuatu keputusan hendaklah menimbangnya dengan teliti. Jangan nampak untung sahaja walaupun di sebaliknya ada niat untuk mendidik. Ibarat memanggang ikan - hendaklah dibalik-balik agar tidak hangus sebelah.


Jagindas: Syor supaya polis ronda taman perumahan dan kampung saman mak bapak yang bagi anak depa (yang bawah umur dan takdak lesen) tunggang motorsikal. Mandatori! 

NOSTALGIA ZAMAN KOMUNIS

Siksaan komunis

"Harta Dirampas, Hidup Ditindas"

CERITA kaum Rohingya di Rakhine, Mayamar,  yang dilarang merayakan Aidiladhha termasuk sembahyang sunat dan ibadah sunat korban, mengingatkan penulis cerita datuk saya yang hampir-hampir mati dihujung senapang komunis kira-kira 64 tahun yang lalu hanya disebabkan dua ekor kerbau yang dipeliharanya.
            Menurutnya, pada zaman itu penduduk tidak dibenarkan memiliki lebih dari seekor kerbau atau lembu mahu pun kambing. Jika ada dua atau lebih maka selebihnya hendaklah diserahkan kepada pihak komunis. Biasanya, yang menjadi wakil komunis adalah dari kalangan orang melayu di kampung itu atau sekitar kampung itu juga.
            Menurut datuk penulis, kerbau itu dipelihara bagi mendapatkan susunya untuk membesarkan anak-anaknya ketika itu dan sebagai bahan makanan tambahan berikutan ketika itu memang sukar mendapatkan bahan makanan.
            Bersabit dengan kerbau itu, datuk penulis telah dibawa ke hutan manakala kedua-dua kerbaunya juga turut di rampas. Di hutan, beliau diikat pada sebatang pokok getah tanpa diberi makan dan minum sementara menunggu boss besar datang untuk menjatuhkan hukuman. Biasanya hukuman ketika itu adalah tembak dan mayat mangsa akan dicampakan sesuka hati mereka.