Rabu, 7 November 2012

LAGI-LAGI AES


Bosanlah!

PENULIS sebenarnya sudah naik malas untuk mengulas bab kamera perangkap hadlaju AES berikutan tarik tali antara pihak pelaksana dengan yang membantah dilihat tidak menampakan bertemu di satu noktah yang selesa meskipun diparlimen bantahan terhadap isu ini semakin meningkat berita klik di sini      
            Bagi penulis ini bukan soal mendidik masyarakat atau bebanan saman kepada pengguna mahupun soal-soal hasad dengki terhadap keuntungan syarikat yang mengendalikan projek tersebut. Tetapi soalnya adalah masa dan ketikanya tidak sesuai. Itu sahaja! Sedangkan, kalau ditangguh pun bukan lama sangat. Paling lama pun untuk tiga empat bulan ini sahaja. Lepas tu, pasanglah sebanyak mana nak pasang pun kamera tersebut.
            Benda-benda elok sekalipun, jika dibuat tidak menepati dan bersesuaian dengan masa dan keadaan, ada ketikanya memberikan mudarat kepada kita balik. Perkara baik pun yang kita buat orang akan baca tidak baik kalau tidak kena pada gayanya. Tidakkah naya namanya tu? Paling malang makan diri!
            Jadi, kepada ahli-ahli politik terutama kerabat Barisan (BN), sudah-sudahlah tu. Diam sahajalah. Lantak dia oranglah sama ada mereka nak teruskan laksana atau nak tangguh hatta nak batal sekali pun. Tak guna bercakap banyak jika pihak berkenaan masih tidak faham-faham juga. Bak kata orang Negeri SEmbilan "ngabihkan bogheh jo"
            Itulah akibatnya kalau buat kerja secara tergopoh gapah. Bila sudah jadi macam ini, ibarat kata pepatah melayu "hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati bapak". Kan, kan, kankan??
            Itulah sebabnya orang tua-tua kata, sebelum membuat sesuatu keputusan hendaklah menimbangnya dengan teliti. Jangan nampak untung sahaja walaupun di sebaliknya ada niat untuk mendidik. Ibarat memanggang ikan - hendaklah dibalik-balik agar tidak hangus sebelah.


Jagindas: Syor supaya polis ronda taman perumahan dan kampung saman mak bapak yang bagi anak depa (yang bawah umur dan takdak lesen) tunggang motorsikal. Mandatori! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.