Siksaan komunis |
"Harta Dirampas, Hidup Ditindas"
CERITA kaum Rohingya di Rakhine, Mayamar, yang dilarang merayakan Aidiladhha termasuk
sembahyang sunat dan ibadah sunat korban, mengingatkan penulis cerita datuk
saya yang hampir-hampir mati dihujung senapang komunis kira-kira 64 tahun yang
lalu hanya disebabkan dua ekor kerbau yang dipeliharanya.
Menurutnya, pada
zaman itu penduduk tidak dibenarkan memiliki lebih dari seekor kerbau atau
lembu mahu pun kambing. Jika ada dua atau lebih maka selebihnya hendaklah
diserahkan kepada pihak komunis. Biasanya, yang menjadi wakil komunis adalah dari
kalangan orang melayu di kampung itu atau sekitar kampung itu juga.
Menurut
datuk penulis, kerbau itu dipelihara bagi mendapatkan susunya untuk membesarkan
anak-anaknya ketika itu dan sebagai bahan makanan tambahan berikutan ketika itu
memang sukar mendapatkan bahan makanan.
Bersabit
dengan kerbau itu, datuk penulis telah dibawa ke hutan manakala kedua-dua
kerbaunya juga turut di rampas. Di hutan, beliau diikat pada sebatang pokok
getah tanpa diberi makan dan minum sementara menunggu boss besar datang untuk
menjatuhkan hukuman. Biasanya hukuman ketika itu adalah tembak dan mayat mangsa
akan dicampakan sesuka hati mereka.
Namun, ajalnya
belum tiba nasib datuk saya dikira bertuah kerana pada sebelah petangnya boss
komunis (lelaki cina) telah datang bersama seorang lelaki. Lelaki itu adalah jiran
sekampungnya yang juga anak saudaranya sendiri. Padahal, selama komunis
memerintah ketika itu, datuk tidak pernah tahu yang anak saudaranya itu adalah
barua komunis.
Entah macam
mana, anak saudaranya merayu kepada boss komunis itu agar bapa saudaranya tidak
dibunuh. Dengan izin Allah, datuk yang kelaparan dan kehausan dihantar semula pulang
ke rumahnya pada lewat tengah malam.
Begitulah
keadaannya masa itu zaman komunis memerintah. Belas kasihan tidak ada malah
mereka juga adalah perompak, perampas dan pengganas yang zalim.
Barangkali,
itulah juga yang dialami oleh kaum Rohingya di Rakhine yang terseksa dan diseksa
oleh penduduk Rakhine yang bukan beragama Islam termasuk tentera-tentera
Myanmar yang bersekongkol dengan aktiviti menindas puak berkenaan.
Mereka
(Rohingya) yang majoritinya beragama Islam tetapi malang sekali mereka tidak
berpeluang beribadat dengan sempurna berikutan kehidupan mereka yang setiap
detik dihimpit kezaliman.
Semoga Allah
memberikan kekuatan kepada mereka...
Jagindas: Syabas dan terima kasih kepada Kelab Putera Satu Malaysia
(KP1M) atas usaha murni saudara itu... Bagi kita yang tidak berkesempatan,
hulurkan pertolongan dengan doa di samping mendoakan keselamatan ahli keluarga
kita sendiri. Aminnn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.