Selasa, 20 November 2012

METER CAJ PARKIR ROSAK


Wajarkah Pengguna Kena Saman??

SECARA prinsipnya penulis memang suka tempat letak kenderaan di ruang yang disediakan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan dengan sedikit caj berbanding memberikan sedikit upah kepada penjaga 'kereta jalanan'. Kadang-kadang membantu mereka itu bagaikan bersubahat dengan kerja-kerja tersembunyi mereka. Bukan menghina, tetapi realitinya ramai kalangan mereka itu adalah kaki botol dan penagih dadah.
            Itu pada waktu berkerja, lain pula pada sebelah malam, mahu tidak mahu terkena juga dengan si mamat pengemis parkir. Suka hatilah, nak bagi boleh tak bagipun boleh. Orang kata 'NO HAL PUNYA'

Isnin, 19 November 2012

ANTARA LONTARAN DOA KE GAZA DAN MALAYSIA

Berdoalah dengan lemah lembut...

Umat Islam Sedang Dikelirukan

SEBELUM ini, dalam tulisan terdahulu penulis ada mengatakan akan mengulas sedikit sebanyak sebaik sahaja sidang muktamar Pas selesai. Seperti yang khalayak sedia maklum, sidang muktamar Pas kali ini memang memanaskan telinga, hati dan mengguris banyak jiwa khususnya orang Islam.
            Ketika Palestin terus dihenyak yahudi Israel tanpa belas dan masyarakat Islam dunia tidak putus-putus bermohon kepada Allah agar memberikan kekuatan kepada mereka lantas melaknati kaum yahudi, di Malaysia pula sekumpulan manusia Islam menderaukan doa mereka agar Umno hancur berikutan kepercayaan mereka bahawa golongan itu (umno) sudah murtad.
            Sedangkan kedua-dua golongan itu adalah dari satu kaum iaitu Melayu dan beragama Islam. Semuanya itu berlaku disebabkan desakan nafsu serakah yang tidak berperi kemanusiaan dan tiadak pertimbangan yang waras.
            Bagi Israel, kaum yang bertuhankan nafsu dunia itu tidak akan berputus asa untuk mempertidakkan kewujudan umat Palestin sekaligus memberi bayangan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa itulah juga perjuangan seterus mereka hingga kiamat.

ANTARA DOA DAN HUKUM


Pas: Umno Kafir, Murtad

NIK AZIZ: ..... maka Umno agama apa?
TIDAK pun sampai 48 jam jemaah Pas mendoakan kehancuran saudara sesama Islamnya, jemaah Umno, semalam pula Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat, pula menyimpulkan bahawa Umno adalah murtad. Sambil mempersoalkan agama apa yang dianuti Umno berikutan Pas dipetik sebagai berkata Umno menolak ajaran Islam (hukum hudud) sekali gus mengecap orang Islam dalam Umno tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan kepimpinannya.
            Berikutan tindakan Pas itu, beberapa pemimpin Umno bahkan kalangan awam termasuk ulamak berkecuali turut melahirkan rasa kesal dan sedih kerana hukuman yang dilemparkan oleh pemimpin Pas itu amat berat lagi menyesatkan.  menjadi tambah runcing apabila baru-baru inipula Naib Presiden Pakatan Rakyat (PR), Nurul Izzah, terlanjur mengumumkan semacam fatwa bahawa sesiapa pun bebas memilih agamanya sendiri termasuk orang melayu.
            Penulis tidak mengecap Pas khususnya, Nik Aziz dan sekutunya sebagai gila namun perbuatan dan tingkahlakunya itu memang menampakan macam orang gila. Ramai yang seusia dengan Nik Aziz telah nyanyuk dan beruntunglah bagi mereka kerana Tuhan tidak lagi mengira salah dan silap berikutan menurut ulamak mereka telah terkeluar daripada hukum malah setiap usia yang dilaluinya Allah akan mengira kebaikan yang pernah dibuatnya semasa dia dalam keadaan waras sebelum ini, Wallahhu'allam. Namun, apakah kedudukannya bagi Nik Aziz yang masih waras tetapi melakukan kerja-kerja 'gila' tidak sudah-sudah? Dari mengkafikan orang Umno, kemudian mendoakan kehancurannya hinggalah menghukum Umno sebagai murtad!

Ahad, 18 November 2012

RAKYAT DIMINTA BANTU PALESTIN


Boikot Produk Israel-Yahudi

BAGAIKAN sudah tidak ada apa yang boleh dibuat lagi. Israel atau kaum yahudi ini terus-terusan menzalimi rakyat palestin. Biarpun kekejamannya itu tidak diterima oleh dunia, namun yahudi tetap memekakkan telinga dan terus sahaja melayan nafsu serakahnya itu.
            Justeru, sebagai sebuah negara yang menjunjung kehidupan harmoni sesuai dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, maka rakyat di negara ini terus diminta memberikan sokongan moral dan material kepada rakyat Palestin.
            Semalam, selain daripada meminta seluruh jemaah surau dan masjid melakukan solat hajat memohon Allah Taala selamatkan rakyat Palestin, kerajaan juga meminta rakyat supaya memboikot barangan atau produk Israel .     Penulis amat bersetuju dengan saranan kerajaan itu. Bahkan, bagi penulis kerajaan juga sepatutnya semua bentuk iklan yang berasaskan produk Israel di semua media cetak dan elektronik di negara ini. Kalau pun hendak dibuat, di dalam iklan itu hendaklah dinyatakan dengan maksud supaya rakyat negara ini tidak menggunakan produk tersebut seperti mana kita mengharamkan iklan rokok di negara ini.
            Maksudnya, kalau kita nak buat boikot terhadap sesuatu benda atau isu, kita kena buat habis-habisan. Jangan buat separuh-separuh atau bermusim-musim. Dengan sikap sebegitu juga ia memperjelaskan kepada dunia dan Israel sendiri bahawa Malaysia memang tidak suka kepada Israel atau yahudi bukan kerana bangsanya tetapi perangai dan sikapnya yang biadap lagi zalim.
            Dalam kes boikot memboikot ini, penulis teringat satu peristiwa di sebuah kedai buku. Pernah penulis meninjau di sebuah kedai buku dan kitab yang diketahui bahawa pemilik kedai itu adalah antara orang kuat parti Pas.
            Sesampai di situ, penulis bercadang untuk membeli surat khabar Utusan Malaysia. Apa yang didapati, bukan sahaja akhbar Utusan tidak ada, malah semua produk bahan cetak yang terkait dengan Syarikat Utusan Melayu memang tidak ada di kedainya.
            Barulah penulis teringat, ketika itu Pas telah mengisytiharkan boikot Utusan Malaysia/Melayu. Dari sudut pemboikotan, penulis hormat peniaga berkenaankerana dia telah melaksanakan maksud boikot atau 'membenci' dengan sepenuhnya walaupun pada hakikatnya dia seorang peniaga yang sepatutnya bersikap terbuka.
            Justeru, kerajaan juga sewajarnya perlu lebih serius terhadap isu ini sebelum menyeru rakyat berbuat demikian. Alasan rakyat kita berbilang kaum dan agama tidak boleh diterima sebab penduduk dunia sendiri pun memang benci kepada kezaliman dan kebiadapan kaum Yahudi ini. Carilah alternatif lain sebagai gantinya.

Jagindas: Antara senarai barangan atau produk Israel  klik di sini