Syukur Kepada Allah Kerana Berlangsung
Dengan Aman
AKHIRNYA, dapatlah juga Anwar Ibrahim
merasai sebagai mana yang dirasai oleh Najib dan Muhyiddin iaitu berucap
dihadapan berpuluh ribu manusia dengan membawa mesej "masa depan kerajaannya".
Sudah lama Anwar tidak merasai dibesar-besarkan seperti itu sejak beliau turun
dari takhta politik Barisan Nasional (BN).
Tahniahlah
Anwar kerana atas sokongan pelbagai pihak, akhirnya saudara dapat juga mendepani
kira-kira 80,000 manusia yang setia dengan sumpah, janji serta ikrar saudara.
Syabas! Itupun ada pihak kata pihak polis kecilkan jumlah manusia yang
berhimpunkepada 45,000 orang. Tidak kisahlah, yang penting semua hasrat telah
tercapai barangkali juga semua hajat makin nak sampai.!




