Ahad, 13 Januari 2013

TAHNIAH ANWAR, KERANA JAYAKAN SEBUAH PERHIMPUNAN BESAR


Syukur Kepada Allah Kerana Berlangsung Dengan Aman

AKHIRNYA, dapatlah juga Anwar Ibrahim merasai sebagai mana yang dirasai oleh Najib dan Muhyiddin iaitu berucap dihadapan berpuluh ribu manusia dengan membawa mesej "masa depan kerajaannya". Sudah lama Anwar tidak merasai dibesar-besarkan seperti itu sejak beliau turun dari takhta politik Barisan Nasional (BN).
            Tahniahlah Anwar kerana atas sokongan pelbagai pihak, akhirnya saudara dapat juga mendepani kira-kira 80,000 manusia yang setia dengan sumpah, janji serta ikrar saudara. Syabas! Itupun ada pihak kata pihak polis kecilkan jumlah manusia yang berhimpunkepada 45,000 orang. Tidak kisahlah, yang penting semua hasrat telah tercapai barangkali juga semua hajat makin nak sampai.!

Sabtu, 12 Januari 2013

ORANG AWAM TURUT TERANIAYA...


Apabila JPJ Bertindak Gila!

SEBELUM ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimalukan apabila empat angota dikatakan gagal mematuhi presedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan sembilan orang kena tuduh (OKT) berjaya meloloskan diri. Tambah memalukan apabila empat anggota terbabit dicederakan termasuk di simbah dengan serbuk cili. [cerita asalnya di sini]
            Manakala semalam, sebuah lagi agensi penting jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) turut dimalukan akibat pegawainya terlalu 'ghairah' untuk mengambil tindakan terhadap "pesalah" jalanraya sehingga membahayakan nyawa orang ramai selain merosakan banyak kenderaan awam. [berita awalnya di sini]
            Nampaknya satu persatu pihak penguatkuasa kena 'attack'. Berdasarkan cara 'attack' itu ia bagaikan seperti ada dendam lama ibarat bisul menanti pecahnya. Apakah selepas ini beberapa pihak berkuasa lain pula sedang menunggu gilirannya? Mudah-mudahan tidak.

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


Hayati bacaan surah Al-Mulk di sini

AntaraKelebihan Surah Al Mulk adalah;

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Jagindas: Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaKu, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Jumaat, 11 Januari 2013

RENCANA: TELANJANG MENELANJANGI SEMAKIN RANCAK

Ikan adalah sumber protin yang mudah tetapi mahal......

Siapapun Yang Menang Nanti Sukar Duduk Selesa

OLEH KERANA akhir-akhir ini media kerap memainkan isu "kekhilafan"masa lalu pembangkang terutamanya parti Pas, rakan-rakan penulis sudah menampakkan "muak" untuk membincangkannya dalam beberapa siri perjumpaan kami.
            Sejak dulu lagi fenomena seperti itu memang biasa bagi setiap kali menjelang pilihanraya namun, cuma kali ini nampak berlebih-lebih lagi aksinya berikutan isu agama yang sememang sensitif dilihat mampu membuka minda pengundi.
            Begitu juga pelbagai kesilapan lalu yang dibuat oleh pembangkang turut dipercayai memberi "kredit" kepada Barisan Nasional (BN). Terbaru, wayang cina yang dibuat oleh parti DAP, turut dikatakan "makan diri" apabila skrip dan jalan ceritanya terlalu "kartun" untuk dipercayai menerusi isu CEC-nya (jawatankuasa eksekutif pusat).