Gerakan Wahabi Juga Mengelirukan
Umat Islam
SELEPAS mengenali sepintas
lalu tentang fahaman Syiah yang
penulis paparpan sebelum ini (di
sini), berikut pula penulis paparkan sedikit info tentang fahaman Wahabi. [mohon dibaca]
WAHABI (Dalam Bahasa Arabnya: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau
Wahhabisme adalah satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh
ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul
Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga Diraja Bani Saud yang
memerintah negara Arab Saudi sejak tahun 1924 lagi. Wahabi bukanlah suatu
mazhab akidah ataupun mazhab fikah. Ia adalah sama seperti Syiah iaitu satu
Fahaman Eksrim.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Gelaran ini telah diberikan oleh British dan Yahudi berikutan mereka melihat gerakan golongan ini ini mengancam kepentingan dan penjajahan mereka.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Gelaran ini telah diberikan oleh British dan Yahudi berikutan mereka melihat gerakan golongan ini ini mengancam kepentingan dan penjajahan mereka.
Kecenderungan puak-puak ini adalah menggelar-gelarkan
orang sebagai satu alat memecah belahkan orang Islam. Selain mengganggap mereka
sebagai pendokong wahabi, puak ini juga menamakan kumpulan gerakan mereka
sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "Satu Tuhan".
Dari sudut pemikiran
agama Islam, golongan wahabi ini adalah berasaskan ajaran Imam Hambali (ahli
sunnah wajamaah satu daripada imam mazhab yang empat) manakala rujukan
akidahnya pula mereka terpengaruh dengan tafsiran Ibn Taimiyyah. Maknanya, faham
Wahabi ini adalah sebagai pelapis yang memperjuangkan tafsiran fahaman Ibn
Taymiyyah.




