Sabtu, 26 Januari 2013

MENGAMBIL IKTIBAR BALA BANJIR DI KOTA JAKARTA

"Hari ini maksiat bukan lagi sesuatu yang memeranjatkan"

Ahli Kaji Alam Kata Jakarta Tenggelam 27 Januari ini (??)

DALAM satu laporan berkaitan kaji cuaca dan geologi di Indonesia telah meramalkan bahawa Kota Jakarta ditenggelami air (banjir sepenuhnya) pada 27 Januari ini berikutan faktor cuaca dan faktor alam sehingga menybabkan air di daratan tidak mampu untuk tumpah ke laut. Ahli sains berpendapat, hujan yang berterusan dan pertembungan gerhana bulan pada tarikh itu memungkin lagi ramalan itu akan menjadi kenyataan berikutan asakan air laut ketika itu menolak pengaliran air dari daratan ke laut.
            Secara umumnya, sebarang musibah yang menimpa di mana-mana sahaja di dunia ini masyarakat akan mengkaitkannya dengan faktor alam dan faktor kecuaian manusia. Misalnya berlakunya banjir besar, fenomena hujan yang melampaui musim serta angin ribut dan taufan, bahkan perubahan cuaca yang secara tiba-tiba atau diluar jangka. Namun, dari sudut Islam, ternyata setiap terjadinya bencana adalah dengan kehendak Allah yang diturunkan kepada hambaNya berikutan sikap melampau hamba-hambanya yang melanggar aturan agama atau berketerlaluan maksiat.
             Ahli-ahli tafsir berpendapat bahawa air dan angin itu adalah tentera Allah yang sejati. Allah pernah menurunkan bala ke atas umatnya yang terdahulu menerusi air dan angin berikutan kedegilan mereka melaksanakan suruhanNya sebaliknya terus bermaharajalela melakukan kemaksiatan.
            Dalam surah Al-A'raf ayat 133, Allah berfirman;
(فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُفَصَّلاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْماً مُجْرِمِينَ) yang bermaksud: "Maka Kami turunkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa".
            Ayat ini jelas menunjuk bahawa Allah menurunkan bencana ke atas umatnya berikutan pelbagai kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh hamba-hambanya itu. Taufan yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah juga bermaksud Allah menurunkan air bersama-samanya sehingga menyebabkan kebanjiran dan banjir yang melampau.
            Demikian juga dalam ayat yang lain, Allah berfirman bahawa kerakusan perbuatan manusia itu di bumi serta ruang di antararanya (bumi dan langit) turut membuatkan Allah murka lalu menurunkan pelabagi bala bencana yang berkaitan dengan faktor alam seperti taufan, banjir dan perubahan cuaca, suhu serta musim. Seperti firmanNya:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ (Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia itu sendiri… (Q.S. Ar-Rum: 41). Perbuatan mungkar yang dimaksudkan itu bukan sekadar kerakusan zahir seperti merosakkan alam tetapi juga merangkumi dosa-dosa rohani dan fasik yang dilakukan oleh manusia di bumi.
            Sebagai contoh apabila kita tidak menghargai sungai atau apa-apa aturan yang baik dalam mengendali atau mengurus bumi seperti menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah maka di situlah yang dikatakan berlakunya dosa-dosa rohani dan fasik. Hari ini, pelakuan maksiat dilihat sudah tidak lagi membatas kehidupan manusia bahkan ada yang melihatnya sebagai satu fenomena biasa dalam sebuah negara maju atau sebagai satu daripada bentuk pengisian yang mengiringi zaman kemajuan.    
            Adakah umat Islam lupa ketika Allah amat murka terhadap kemaksiatan yang berlarutan dilakukan oleh kaum Lut di zaman Nabi Nuh (as), lalu Allah turunkan bala banjir besar sehingga meneggelamkan kota dan tanah arab ketika itu? Demikian juga, lupakah kita bagaimana Allah mengarahkan lautan menenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya serta bala tenteranya disebabkan perbuatan dosanya yang sudah melampaui batas kemanusiaan? Nauzubillah min zalik.
            Justeru, manusia serta pemimpin-pemimpin negara hendaklah mengambil iktibar daripada sejarah penurunan bala Allah Taala tersebut (air dan angin) ke atas kaum-kaum terdahulu dan tidak terlalu terikat dengan sebab mursabab atau faktor-faktor kejadian disebabkan pertelingkahan hukum alam atau saintifik semata.
            Jika dirujuk kepada banjir di Jakarta tidaklah mustahil jika Allah menghendakinya untuk menenggelamkan kota besar serta penuh keindahan dan keseronokan itu berikutan di kota itu segala dosa dan pahala terkumpul semuanya. Dan, meneliti kepada kehidupan kita di negara ini apakah pembangunan dan kemajuan yang sedang kita kecapi hari ini telah menyisihkan sama sekali kebongkakan perbuatan kemaksiatan, dosa dan fasik. Dalam kes ramalan tersebut yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, bukanlah tarikh dan ketikanya kejadian itu berlaku seperti diramal, tetapi yang penting adalah "ia tidak mustahil Allah lakukan" jika dilihat dari sudut kebongkakan hidup manusia itu yang begitu memuja kemaksiatan, dosa dan perbuatan fasik.
            Justeru, apa yang boleh kita katakan dengan perkembangan dan pengisian di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu, Shah Alam, Bukit Bintang, Ipoh, Pulaun Pinang dan sebagainya ketika ini?
           

Jagindas: Semoga Allah menjauhkan kita daripada bala bencana yang tidak mampu di atasi oleh manusia dan, semoga Beliau mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu mahupun yang terkemudian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.