Ahad, 3 Februari 2013

"MY BEAUTIFUL DAY 1 MALAYSIA"

Sekadar Suka-Suka, santai-Santai...
SEDAP WO...Perserta tertua menyertai senam robik MY BEAUTIFUL DAY
1M. Beliau adalah penjaja Tau Fu Fah terkenal di Tanjong Tualang, pun masih 
ada masa untuk program seperti ini...

SEBENTAR tadi penulis menghadiri majlis program MY BEAUTIFUL DAY 1 MALAYSIA peringkat Mukim Tanjong Tualang di Kampung Ayer Papan. Program yang sepatutnya dihadiri oleh Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong, cuma di wakili oleh pegawai khasnya sahaja. Chee Leong sangat sibuk agaknya...
            Program itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 1,000 orang tetapi yang hadir tidak sampai pun 300 orang. Tetapi menarik juga sebab ia di isi oleh berbilang kaum dan membabitkan badan NGO serta badan-badan sukarela tempatan. Program di mulakan dengan acara senam robik. Menarik juga, sebab penulis sempat terlompat kinja di barisan belakang. Hahahaha.., syok! Sebab dapat tengok orang depan dari belakang!
            Di pentas, penulis lihat banyak hadiah (hamper). Di tempat makan pula bersepah bermacam makanan. Maklumlah untuk 1,000 orang. Di satu ruang pula ada majlis penyerahan benih pokok kepada wakil-wakil kampung dalam mukim berkenaan untuk di tanam di tempat tertentu di kampung masing-masing.
            Tiada pengisian politik di dalamnya. Tiada pula unsur-unsur kempen dalam ucapan mahupun dalam agenda-agenda program tersebut. Ia benar-benar bersifat 'kerajaan'.
            Dari satu segi, amat bagus kerana penjanaan program sedemikian tidak menimbulkan fitnah politik  kepada hadirin. Maklum, yang datang itu bukan semua penyokong Barisan Nasional (BN) - ada Umno, Pas, Bebas, DAP, MIC, MCA dan Gerakan. Jabatan Penerangan juga turut hadir memeriahkan suasana dengan sistem siarayanya.
            Namun, penulis rasa penganjur dan mereka yang terbabit secara terus dengan program itu tidak pandai mengambik kesempatan yang ada untuk 'menyelam sambil minum air'. Inilah masanya yang ada secara percuma yang sewajarnya digunakan dengan sepadat-padatnya. Bukan lama lagi pun, pilihanraya akan tiba....
            "Sepatutnya, adakan tayangan video yang boleh mengembangkan minda rakyat setempat meskipun ramai yang sudah tahu. Misalnya, kisah penderitaan rakyat palestin, huru hara di Mesir, Syria - sesuatu yang tidak meyentuh politik tempatan tetapi mampu membuat rakyat berfikir terhadap betapa indahnya negara mereka berbanding negara tersebut...", kata seorang ahli sukarelawan membisikkan ke telinga penulis.
            Dalam riuh-riuh itu ada juga bisik-bisik sumbang berkata: program macam ini yang untung penganjur laa...

Jagindas: Jam tangan pakai dipergelangan tangan, bukan di pergelangan kaki...

FILEM "VISHWAROOPAM" JELAS HINA ISLAM

Umat Islam di Lucknow (India) membantah tayangan filem
 Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan

KDN Akan jumpa Pengedar Filem

BEBERAPA AKHBAR hari ini memaparkan berita yang Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menemui pengedar filem kontroversi Vishwaroopam  yang didakwa menghina agama Islam [ di dini].
            Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin, dipetik sebagai berkata:  "Saya kenal dengan pemilik syarikat pengedaran itu dan kita akan cari penyelesaian menerusi sumbernya," Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Sembrong, di Felda Ulu Belitong, semalam.
            Menjadi persoalan penulis, apa maksudnya "Saya Kenal..." Apakah kelulusan tayangan yang diberikan sebelum ini turun dari atas, atas dasar "saya kenal dia?"
            Logiknya, jika memang sudah kenal, sudah tentulah awal-awal lagi perkara ini tidak berlaku. Kawan macam mana sekalipun, tentulah Hishamuddin akan menasihati kenalannya itu supaya menjaga ketertiban negara ini. Paling tidak menghormati Hishamudin sebagai menteri KDN.
            Jadi, apakah "orang saya kenal' itu sengaja "buat-buat tidak kenal" Hishamuddin? Rakan apa ni?
            Apapun, semoga Hishamuddin dapat menjelaskan kepada pengedar filem tersebut bagaimana cara untuk menghormati rakan yang mereka kenali terutama yang berdajat pemimpin negara atau menteri. Kalau tidak nanti, orang akan kata menteri KDN ada ehem ehem dengan pengedar filem itu pulak! Lagi naya...
            Pelik juga, sebab di India, umat Islam sudah berdemo membantah tayangan filem lakonan Kamal Hassan ini [di sini]. Justeru, apa sebenarnya 'kiblat'  pegawai-pegawai penapisan filem negara kita?
            Kepada semua pemimpin-pemimpin negara, jaga-jagalah terhadap 'orang yang anda kenal'..



Jagindas: Ramai yang jual nama demi kepentingan peribadi...

PRU13: ANTARA CALON DAN PARTI


Jangan Nanti Pilih Punya Pilih Terpilih Buku Kemerau!

KIRA-KIRA pukul 10 malam tadi, seorang rakan datang bertandang. Barangkali tidak selesa di rumah dengan cuaca panas sekarang. Jadi, perlu cari kawan-kawan sembang sambil menikmati suhu malam.  Antara sembangnya itu;
            Katanya, sekarang ini kalau kita nak naik kenderaan awam seperti bas ekspres atau teksi, penumpang harus mengambilkira dua perkara utama terhadap kenderaan tersebut. Pertama adakah keadaan kenderaan itu 'selamat' bukan sekadar cantik dari segi rupa dan kebersihan sahaja.
            Sekurang-kurangnya apa yang boleh kita lihat seperti tayar kenderana itu adakah berkeadaan elok dan baik.  Kedua, kita juga kena pastikan apakah pemandunya juga berkeadan 'selamat" Maksudnya, bukan kaki dadah, pemabuk atau pemandu yang tiga suku. Jangan tengok air muka sahaja. Nampak lemah lembut, manis tetapi perangai macam setan.

Sabtu, 2 Februari 2013

WAJAH HADI, NIK AZIZ SEMAKIN MENYERAMKAN

Ramai Lari Khuatir AkanTersampuk
??????
BUKAN tidak boleh. Boleh! Kalau dengan syaitan pun Pas boleh berkerja sama, bermakna dengan Umno yang terang-terang adalah manusia tentulah boleh berkerjsa sama. Yang menolak kerjasama itu adalah disebabkan hati perut pemimpinnya yang busuk macam bangkai babi terbiar lima hari.
            Biarpun banyak nas-nas dan hadith-hadith yang menyeru supaya semua umat Islam berbuat baik, berbaik sangka, manabur kebajikan dan mengeratkan silarulrahim, tetapi bagi Pas ia hanya terpakai kepada semua makhlok halus dan manusia di dunia ini kecuali manusia Umno.
             Dengan syaitan, dengan kafir penentang hukum hudud, dengan kafir yang menuntut hak sama rata beragama serta penggunaan kalimah Allah, dengan Israel atau sekutunya atau dengan sesiapa saja, Pas bukan setakat bersedia untuk berkerja sama malah sanggup melutut, menyembah dan 'menggadaikan' sebahagian kepentingan Islam ASALKAN mereka itu bukan ahli atau penyokong Umno.
            Kenyatan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang [di sini], bagi manusia Islam yang bermarwah dan benar-benar ikhlas menjunjung Kitabullah (Quran) dan Al-Hadis, Hadi adalah dilihat sebagai manusia yang sombong dan bongkak lebih daripada perangai Yahudi.
            Seolah-olah (ataukah barangkali memang sudah begitu), pada Pas manusia Umno ini memang sudah jelas mendapat perintah daripada Allah Taala sebagai golongan yang tidak boleh dijadikan 'saudara' lagi. Jadi, tidak hairanlah, Pas mengecap orang Umno sebagi kafir (Kafir yang lebih hina daripada Kafir Cina DAP dan Yahudi) dan bagi Hadi dia tidak langsung rasa bersalah terhadap 'amanatnya' mengkafirkan orang Umno bahkan terus menyebarluaskan amanat tersebut dalam keadaan negara sedang mempersoal dan mengutuknya.  Barangkali dalam kamus tafsiran (moden) Pas, maksud 'Kafir' dan 'Yahudi' dalam Kitabullah dan al-hadis itu adalah melayu Umno. Manakala syaitan dinaikkan darjatnya setangga (atau lebih) lebih tinggi daripada Umno. Astaghfirullah hal'azim, Na'uzubillah minzalik.
            Padahal, Allah dan Rasulnya jelas mengingatkan bahawa sikap angkuh dan riak itu walau sebesar zarah pun amat tidak disukai-Nya dan bagi mereka yang demikian itu di tempatkan di neraka, Wallah hu'allam.
            Umno sudah lama bersedia untuk merapatkan silatulrahim yang mutlak. Namun, terhalang dek pemikiran nafsu pemimpin-pemimpinnya terutama Ustaz Hadi dan Tuan  guru Nik Aziz.
            Penulis percaya, dua manusia ini sahaja yang perlu memperbetulkan minda dan pentadbiran hati mereka. Jika ini terjadi, InsyaAllah, perpaduan melau sejagat akan terjadi meski dalam wadah politik yang berbeza. Dan, atas kekuatan itulah juga (pengikut mempercayai Hadi dan Nik Aziz sebagai 'maksum') makanya, kedua-dua manusia yang didarjatkan sebagai alim ulamak dan tok guru tersohor (bagi Pas) semakin menjadi-jadi mengeluarkan faktwa dan kata-kata sombong yang kebanyakannya adalah bagaikan tin kosong semata!


Jagindas: Kepada Allah tempat mengadu...