Sekadar Suka-Suka, santai-Santai...
SEDAP WO...Perserta tertua menyertai senam robik MY BEAUTIFUL DAY
1M. Beliau adalah penjaja Tau Fu Fah terkenal di Tanjong Tualang, pun masih
ada masa untuk program seperti ini...
|
SEBENTAR tadi penulis menghadiri majlis
program MY BEAUTIFUL DAY 1 MALAYSIA peringkat Mukim Tanjong Tualang di Kampung
Ayer Papan. Program yang sepatutnya dihadiri oleh Ahli Parlimen Kampar, Datuk
Lee Chee Leong, cuma di wakili oleh pegawai khasnya sahaja. Chee Leong sangat sibuk
agaknya...
Program
itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 1,000 orang tetapi yang hadir tidak
sampai pun 300 orang. Tetapi menarik juga sebab ia di isi oleh berbilang kaum
dan membabitkan badan NGO serta badan-badan sukarela tempatan. Program di
mulakan dengan acara senam robik. Menarik juga, sebab penulis sempat terlompat
kinja di barisan belakang. Hahahaha.., syok! Sebab dapat tengok orang depan
dari belakang!
Di pentas,
penulis lihat banyak hadiah (hamper). Di tempat makan pula bersepah bermacam makanan.
Maklumlah untuk 1,000 orang. Di satu ruang pula ada majlis penyerahan benih
pokok kepada wakil-wakil kampung dalam mukim berkenaan untuk di tanam di tempat
tertentu di kampung masing-masing.
Tiada
pengisian politik di dalamnya. Tiada pula unsur-unsur kempen dalam ucapan
mahupun dalam agenda-agenda program tersebut. Ia benar-benar bersifat 'kerajaan'.
Dari
satu segi, amat bagus kerana penjanaan program sedemikian tidak menimbulkan
fitnah politik kepada hadirin. Maklum,
yang datang itu bukan semua penyokong Barisan Nasional (BN) - ada Umno, Pas, Bebas,
DAP, MIC, MCA dan Gerakan. Jabatan Penerangan juga turut hadir memeriahkan
suasana dengan sistem siarayanya.
Namun,
penulis rasa penganjur dan mereka yang terbabit secara terus dengan program itu
tidak pandai mengambik kesempatan yang ada untuk 'menyelam sambil minum air'.
Inilah masanya yang ada secara percuma yang sewajarnya digunakan dengan
sepadat-padatnya. Bukan lama lagi pun, pilihanraya akan tiba....
"Sepatutnya, adakan tayangan video yang
boleh mengembangkan minda rakyat setempat meskipun ramai yang sudah tahu.
Misalnya, kisah penderitaan rakyat palestin, huru hara di Mesir, Syria -
sesuatu yang tidak meyentuh politik tempatan tetapi mampu membuat rakyat
berfikir terhadap betapa indahnya negara mereka berbanding negara
tersebut...", kata seorang ahli sukarelawan membisikkan ke telinga
penulis.
Dalam
riuh-riuh itu ada juga bisik-bisik sumbang berkata: program macam ini yang
untung penganjur laa...
Jagindas: Jam tangan
pakai dipergelangan tangan, bukan di pergelangan kaki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.