Selasa, 5 Februari 2013

LAGENDA FILEM "SEMERAH PADI" JADI REALITI


Isteri Berzina Depan Suami

SALAH satu daripada tajuk di akhbar Harian Metro hari ini adalah "Isteri Curang Depan Mata" [ikuti ceritanya di sini]
            Patutlah bahang panas bagaikan neraka. Kata orang tua-tua fenomena itu adalah antara bala' akibat perbuatan zina yang menjadi-jadi...wallahhu'allam.


Jagindas:  ikuti sedutan "filem Semerah Padi" di sini

RAMAI GURU TIDAK PATUH PEKELILING BELAJAR SAMBILAN

TAN SRI MUHYIDDIN 

(rencana)
Jadikan Alasan Belajar Untuk Ringankan Beban Tugas..

GALAKAN dan kemudahan yang diberikan kerajaan kepada golongan guru untuk menaiktaraf tahap akademik mereka yang sekali gus mencemerlangkan lagi profession pendidikan di negara ini menarik minat ramai guru untuk menyertainya terutama mereka yang belum berusia 40 tahun. Sikap berlumba-lumba guru-guru ke arah itu menunjukan bahawa rakyat di negara ini sememangnya sentiasa ketagihkan ilmu dan sentiasa berusaha untuk maniktaraf diri masing-masing jika diberi peluang.
            Rungut-rungut di kedai kopi beberapa hari lalu, ibu bapa merasa rimas sedikit kerana ramai guru tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa mengambil cuti belajar. Akibat dari itu, banyak kelas 'terbiar' dan sukatan pelajaran pula dijangka akan 'tergantung'. Biarpun pihak sekolah menyediakan guru ganti (pusingan sesama guru) namun, lazimnya guru ganti hanya menjaga kelas lebih kepada keselamatan murid-murid.
            Tambah malang, pihak sekolah menyusun jadual di mana guru yang terbabit dengan cuti belajar  itu juga diberitangung jawab mengajar subjek teras di Tahun Enam (dikenali juga sebagai kelas peperiksaan). Ramai kalangan guru terbabit mengajar subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Jika ini berlaku di sekolah-sekolah di luar bandar, maka sudah tentulah yang tinggal akan terus tertinggal...

Isnin, 4 Februari 2013

MASIH ADA LAGI GURU BESAR TAK FAHAM BAHASA

"Apa punya Guru Besar laa.."

Berikutan 4 GB Sanggah Arahan Menteri

TIDAK di sangka rupanya masih ada lagi Guru Besar yang bangang tidak faham bahasa. Berbuih menteri cakap di kaca TV, berpeluh editor menulis di akhbar-akhbar, rupa-rupanya masih ada guru besar (setakat ini ada 4 orang di semenanjong) yang agaknya tidak pernah baca surat khabar atau tidak pernah tengok berita di TV atau dengar berita di radio. [di sini]
            Asyik tengok drama saja agaknya. Tetapi paling malang, guru besar terbabit mungkin tidak pernah baca surat-surat edaran atau pekeliling daripada jabatan atau kementerian. Atau, kalau dia bacapun agaknya dia tidak faham apa yang dia baca. Mungkin juga fahamannya terbalik. Menteri kata putih, dia ingat hitam! Peerrrgghhhhhhh...! Bikin malu anak negeri!
            Bukan salah ibu mengandung tapi salah jabatan dan kementerian yang melantik sibahlol macam itu jadi guru besar. Guru Besar macam ini patut di turunkan pangkatnya sebab telah mencalar nama baik kementeriannya, menyusahkan ibu bapa dan sekali gus menyanggah keputusan jemaah menteri. Ini bukan sebarang degil tetapi degil yang rakus dan gelojoh.
            Kalau alasannya atas desakan PIBG. Nak tanya, dia (guru besar) tahu ke tidak protokol antara Guru Besar dengan PIBG? Sekolah siapa punya? Awak tu (guru besar) pulak siapa punya? PIBG mentadbir sekolah ke atau kementerian pelajaran ?
            Kalau ya pun PIBG masuk campur, nak tanya juga: Tahu tak tuan-tuan apa sebenar-benar benar-benar benar-benarnya peranan PIBG itu? Kalau tuan-tuan tidak terlibat, malah tuan-tuanlah yang melaporkan ke pihak atasan, Tahniah dan baguslah. Syorkan kepada kementerian supaya turunkan pangkat guru besar ini. Membuat syor tak apa tapi jangan pulak sampai mendesak!  
            Kepada Jabatan Pelajaran berkenaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia, buatlah tindakan tegas supaya kejadian ini adalah yang pertama dan terakhir. Hantar satu lagi pekeliling kepada sekolah-sekolah supaya pengurus sekolah mematuhui arahan-arahan seumpama itu dan tindakan-tndakan yang akan diambil jika gagal berbuat demikian tetapi kali ini dengan saiz tulisannya '18' . Bukan apa, mungkin guru besar malas nak baca sebab tulisannya kecil sangat...kut. Syyyyyy... mata depa banyak yang dah kelabu sebab terlalu banyak baca dan tengok benda yang bukan-bukan dalam kmputer..., hehehe

Jagindas:  Guru Besarlah katakan.... 

PRU13: JANGAN PERMAINKAN NILAI KEAMANAN


(Rencana)
Meski Hak Memilih Di Tangan Anda...

KECELARUAN pendapat, pandangan dan prinsip antara pemimpin Pas dengan sekutu tolannya, khususnya DAP hendaklah dilihat dalam perspektif Islam. Haji Hadi, Tuan Haji Nik Aziz  terutamanya patut sudah tersedar daripada mimpi dan khayal angin syurga yang ditiup-tiupkan sebelum ini..
            Suatu masa dulu, rakan penulis ada mengatakan undilah siapa sahaja di kawasan kita asalkan calon itu melayu dan Islam. Dalam pandangan lain pula seorang rakan mengesyorkan kalau boleh di sukat-sukat, berilah kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) tetapi jangan melampaui dua pertiga majoriti.
            Menurutnya, ini kerana kalau BN dapat melebihi majoriti, selalunya puak-puak BN ini akan tidak sedar diri dan kembali angkuh macam dulu. Jadi, katanya kena bagi depa sentiasa berwaspada, tidur tak lena, makan tak kenyang, bercakap pandang-pandang. Barulah depa ingat anak bangsa dan negara!
            Konflik di saat-saat akhir menjelang pilihanraya ke 13 ini (PRU13), nampaknya isu yang paling hangat bukan lagi politik dan pembangunan sosial, tetapi soal akidah orang melayu (Islam). Pas yang dilihat sering saja 'flip-flop' dalam isu berkenaan menyebabkan ramai orang melayu merasa sangsi dan seram dengan parti itu.