"Apa punya Guru Besar laa.." |
Berikutan 4 GB Sanggah Arahan
Menteri
TIDAK di sangka rupanya masih ada lagi Guru
Besar yang bangang tidak faham bahasa. Berbuih menteri cakap di kaca TV,
berpeluh editor menulis di akhbar-akhbar, rupa-rupanya masih ada guru besar (setakat
ini ada
4 orang di semenanjong) yang agaknya tidak pernah baca surat khabar atau
tidak pernah tengok berita di TV atau dengar berita di radio. [di
sini]
Asyik
tengok drama saja agaknya. Tetapi paling malang, guru besar terbabit mungkin tidak
pernah baca surat-surat edaran atau pekeliling daripada jabatan atau
kementerian. Atau, kalau dia bacapun agaknya dia tidak faham apa yang dia baca.
Mungkin juga fahamannya terbalik. Menteri kata putih, dia ingat hitam!
Peerrrgghhhhhhh...! Bikin malu anak negeri!
Bukan
salah ibu mengandung tapi salah jabatan dan kementerian yang melantik sibahlol macam
itu jadi guru besar. Guru Besar macam ini patut di turunkan pangkatnya sebab
telah mencalar nama baik kementeriannya, menyusahkan ibu bapa dan sekali gus
menyanggah keputusan jemaah menteri. Ini bukan sebarang degil tetapi degil yang
rakus dan gelojoh.
Kalau
alasannya atas desakan PIBG. Nak tanya, dia (guru besar) tahu ke tidak protokol
antara Guru Besar dengan PIBG? Sekolah siapa punya? Awak tu (guru besar) pulak siapa
punya? PIBG mentadbir sekolah ke atau kementerian pelajaran ?
Kalau
ya pun PIBG masuk campur, nak tanya juga: Tahu tak tuan-tuan apa sebenar-benar
benar-benar benar-benarnya peranan PIBG itu? Kalau tuan-tuan tidak terlibat,
malah tuan-tuanlah yang melaporkan ke pihak atasan, Tahniah dan baguslah.
Syorkan kepada kementerian supaya turunkan pangkat guru besar ini. Membuat syor
tak apa tapi jangan pulak sampai mendesak!
Kepada
Jabatan Pelajaran berkenaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia, buatlah
tindakan tegas supaya kejadian ini adalah yang pertama dan terakhir. Hantar
satu lagi pekeliling kepada sekolah-sekolah supaya pengurus sekolah mematuhui
arahan-arahan seumpama itu dan tindakan-tndakan yang akan diambil jika gagal
berbuat demikian tetapi kali ini dengan saiz tulisannya '18' . Bukan apa,
mungkin guru besar malas nak baca sebab tulisannya kecil sangat...kut.
Syyyyyy... mata depa banyak yang dah kelabu sebab terlalu banyak baca dan
tengok benda yang bukan-bukan dalam kmputer..., hehehe
Jagindas: Guru Besarlah katakan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.