(Rencana)
Meski Hak Memilih Di Tangan Anda...
KECELARUAN pendapat, pandangan dan prinsip
antara pemimpin Pas dengan sekutu tolannya, khususnya DAP hendaklah dilihat
dalam perspektif Islam. Haji Hadi, Tuan Haji Nik Aziz terutamanya patut sudah tersedar daripada
mimpi dan khayal angin syurga yang ditiup-tiupkan sebelum ini..
Suatu
masa dulu, rakan penulis ada mengatakan undilah siapa sahaja di kawasan kita
asalkan calon itu melayu dan Islam. Dalam pandangan lain pula seorang rakan
mengesyorkan kalau boleh di sukat-sukat, berilah kemenangan kepada Barisan
Nasional (BN) tetapi jangan melampaui dua pertiga majoriti.
Menurutnya,
ini kerana kalau BN dapat melebihi majoriti, selalunya puak-puak BN ini akan
tidak sedar diri dan kembali angkuh macam dulu. Jadi, katanya kena bagi depa
sentiasa berwaspada, tidur tak lena, makan tak kenyang, bercakap
pandang-pandang. Barulah depa ingat anak bangsa dan negara!
Konflik
di saat-saat akhir menjelang pilihanraya ke 13 ini (PRU13), nampaknya isu yang
paling hangat bukan lagi politik dan pembangunan sosial, tetapi soal akidah
orang melayu (Islam). Pas yang dilihat sering saja 'flip-flop' dalam isu
berkenaan menyebabkan ramai orang melayu merasa sangsi dan seram dengan parti
itu.
Pendirian
goyah Pas itu boleh menyebabkan akidah umat Islam terpesong. Inilah pandangan
ramai intelek melayu dalam menganalisan wajah Pas terkini.
Yahudi
memang satu kaum. Tetapi perangai, sikap dan pemikiran Yahudi itu sudah menebar
luas ke mana-mana. Kehalusan Yahui bertindak amat licik sehingga ramai kalangan
umat Islam yang tidak terasa bahawa mereka sudah pun menari dan berdansa
bersama-sama Yahudi menerusi pemikiran dan ideologi yang diterapkan.
Walaupun
Allah menyuruh kita berbuat baik dengan semua manusia namun pada masa sama
Allah juga mengatakan bahawa kaum Yahudi adalah kaum yang tidak boleh dibuat
janji. Bermakna, berjanjilah dengan mana-mana Yahudi pun (termasuk yang
berfahaman Yahudi) tidak berapa lama selepas janji dimetrai, janji itu akan
dikoyak dan dipijak-pijak. Cuba ingat, berapa banyak perjanjian yang telah
dibuat oleh pemimpin Palestin dengan Israel dari zaman Arafat hingga sekarang?
Sepatutnya negara terbabit sudah aman. Sebaliknya, apakah yang terjadi? Yahudi
memang tidak boleh berbuat janji!
Pas
sudah pun dipermainkan oleh pemikiran Yahudi dari kalangan rakan tolannya
sendiri yang sebelum ini dianggapnya lebih mulia dan sempurna berbanding melayu
Umno. Kita amat bimbang, jika selepas ini pula Pas juga akan berfikir secara
Yahudi! Ini tidak mustahil berlaku kerana mereka telah menerima syaitan sebagai
sudara seperjuangan. Dan ingatlah, sumpah syaitan itu dihadapan Rabuljalil
adalah semata-mata untuk menyesatkan anak cucu adam (Islam) sehinggalah
berakhirnya dunia yang fana ini.
Ya Allah, Na'uzubillah minzalik.
Justeru
MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti kompenan lain dalam payungan BN mesti
mengambil iktibar daripada kes ini. Mereka tidak boleh menganggap ini sebagai
kes masalah orang melayu atau kes terpencil bagi urusan mereka.
Sama
ada Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana yang didesak-desak
oleh beberapa pihak, ia akan hancur atau bersatu dengan Umno dan BN atau tidak,
negara akan berada di atas paksi yang goyang jika parti-parti kompenan dalam BN
terus terikut-ikut dengan rentak dan tari DAP.
Justeru,
kegagalan orang-orang MCA, MIC dan Gerakan mempengaruhi anak muda kaum mereka
supaya menghormati dan menyayangi BN adalah satu kesilapan besar yang akhirnya
akan memberikan kesan buruk kepada negara.
Orang
cina memang berhak berbangga dengan pencapaian ekonomi kaum-kaum mereka. Namun
sewjarnya diingat bahawa semuanya itu mereka perolehi di atas sikap toleransi
dan nilai keamanan yang dipupuk selama ini. Kejayaan itu bukan 100% semata-mata
disebabkan usaha kuat serta kebijaksanaan mereka.
PRU13
nanti, bukan sekadar menguji pelbagai perkara dalam pentadbiran Najib dan
Muhyiddin tetapi juga ia adalah wadah pemimpin dan pengundi melayu membaca
sikap pengundi cina terhadap kepentingan BN.
Kita
percaya, jika menerusi PRU13 ini, sikap orang cina masih bertalam dua muka
dengan BN sehingga memberi ruang kepada DAP atau pembangkang menang atau pun
menurunkankan majoriti kemenangan sekalipun, suatu masa nanti, orang melayu
juga akan berkumpul dalam satu nada undi iaitu undi calon melayu sahaja (Umno
dan Islam atau Pas dan Islam).
Dan,
jika ini berlaku kedudukan kerusi-kerusi di pusat dan negeri sudah tentu
bercelaru. Kemudian, bacalah hingga kehujungnya, jika pentadbiran pusat dan
negeri bercelaru apa jadi dengan status ekonomi negara kita?
Sebenar,
jika kita mahu mempelajari dan menginsafi daripada apa yang telah dan sedang
berlaku di Eropah, Negara Barat dan Asia Barat ia sudah cukup matang untuk mendidik
rakyat negara ini supaya memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan
sedia ada.
Apa-apa
pilihanraya bukan sekadar untuk memperbaharui 'lesen' pemerintahan setelah
cukup tempoh atau menukar 'lesen' pemerintahan tetapi yang paling penting
adalah menjangka kesudahan yang wajar diperolehi oleh segenap rakyat dan negara
selepas lesen itu diperbaharui atau ditukar.
Justeru,
pengundi jangan dikaburi dengan kehgairahan mengundi tanpa mengambilkira kesan
dan impak masa depan anda sendiri hasil daripada kerja tangan anda itu, kalau pun
anda tidak mampu menyelami masalah negara seluruhnya.
Jagindas: Demikianlah Allah menguji umatnya terhadap
apa yang mereka miliki....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.