Ahad, 10 Februari 2013

APALAH SALAHNYA BERBAHASA INDAH...

Boucer ini kerajaan pusat yang bagi, bukan UMNO!

Hilangkah Martabat Jika Berbahasa, Berlembut Budi?

SEDANG penulis menghirup kopi 'O' di sebuah gerai pagi tadi, sekonyong-konyong datanglah seorang penduduk duduk semeja untuk minum bersama penulis. Penulis kenal dia. Dia orang kampung berkerja sendiri. Sudah berkeluarga dan berpendapatan ala kadar menanggung empat orang anak dan seorang isteri.
            Katanya, dia baru balik dari pejabat UMNO Bahagian untuk mendapatkan banguan Ketua Umno Bahagian berkenaan mengenai pengambilan boucer BR1M yang sudah terlepas tarikh.
            Sesampainya di pejabat Umno itu, dia terus meminta izin untuk bertemu Dato' ....yang kebetulan berada di pejabatnya ketika itu:

WONG TACK KATA MENYESAL CAKAP SOMBONG

WONG TACK ... Gua salah oo

Boleh Percaya ke???

JUMAAT lalu, penulis ada mengulas sedikit mengenai si-biadap pejuang 'Himpunan Hijau' Wong Tack yang mengancam akan membakar kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan, Pahang. Sejajar itu, penulis mahu beliau ditahan di bawah akta Tahanan Keselamatan Dan Kes-Kes Khas.
            Semalam juga, dalam satu ucapannya sempena kempen DAP-nya, beliau tersedar dari kebongkakannya dan langsung memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Ye ke ni? Boleh percaya ke? di sini
            Tapi biasalah, di Malaysia ini sebiadap mana sekalipun seseorang rakyat negara ini bahkan rakyat asing sekalipun, segala-galanya akan jadi cair hanya dengan "permohonan maaf". Apa lagi siap dengan lakunan serta teriak tangis kesal dan bebal. Namun, orang Melayu jangan cuba-cuba pulak...
            Sejak akhir-akhir ini, kes-kes bacul kemudian mintak maaf seperti yang dibuat Wong Tack ini memang banyak. Ia semacam sudah menjadi gurauan dan mainan pulak...
            O.K.lah, itu pilihan anda. Barangkali itulah juga pilihan yang ada. Silakan! Wong Tack, tahniahlah. Walaupun lu sudah minta maaf tunduk dua kali, namun pada dasarnya lu sudah menang kalah mati!


Jagindas:  Minyak dengan air tak akan bercampur...

Sabtu, 9 Februari 2013

POTRET NAJIB DISIMBAH CAT MERAH

Nyatakan Protes Dan Rasa 
Yang Amat Keciwa


BELUM pun pertandingan bermula. Apa lagi untuk menelah siapa menang dan siapa kalah. Tetapi kekeciwaan sudah terasa. Terasa amat bahawa Najiblah penghalang segala-galanya. Barisan Nasionallah yang menutup segala pintu dan jalan. Nah! Beginilah  cara perasaan keciwa diluahkan.
            Peluahan yang penuh dengan kebiadapan dan sia-sia. Peluahan yang langsung tidak 'gentlement' . Rakus dan penuh kebudak-budakan.


Jagindas:  Ramai yang dilihat telah sakit jiwa...Ramai juga yang tumbang berdiri nanti agaknya!

LEBIH LAGAK DAN GAYA TAK APA, ASALKAN...

DS Ahmad Shabery Cheek..Jangan 
dibiarkan bebudak tu bermaharaja lela..


Jangan Menyusahkan Orang Lain

MUAK DAN GELI! Ek (action) saja lebih. Cakap banyak. Ujung-ujungnya semua itu untuk menutup kelemanah dan kerakusan sendiri. Itulah perasaan dan cita rasa penulis terhadap hal ehwal sukan negara kita sekarang. Sejak dulupun. Kadang-kadang, pencapaian yang pernah di capai sebelum ini dirasakan diperolehi secara kebetulan dan berkat gigih pemain sahaja...
            Rasanya penulis tidak keseorangan. Barangkali,  ramai yang berpandangan seperti itu.  Antaranya yang membuat bengkak diperut adalah benda-benda macam ini di sini  dan  di sini
            Bak kata seorang rakan: dalam dunia hari ini yang penting cuma dua aksara sahaja iaitu 'B' dan 'D'. Tak ada A, C dan seterusnya Z. Penulis tanya apa maksudnya B dan D tu?
            Dia kata: "B tu B***T dan D tu DUIT. Disebabkan dua benda inilah ramai yang kelabu mata kelabu hidup. Serban melintang pun gugur dibuatnya," katanya.
            Dalam kes Rajagobal pulak, penulis nasihatkan anda janganlah nanti jadi Raja Kelawar ke, Raja Diamond ke atau Raja Lekuk ! Bukanlah bermakna apa yang dicakapkan Prof. Koo Kay Kim itu benar semuanya tetapi itulah hakikatnya lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini terhadap pasukan bola sepak negara khususnya Harimau Malaya. Huh, nama gah!
           

Jagindas:  SPRM, balun sampai kong!