![]() |
| Boucer ini kerajaan pusat yang bagi, bukan UMNO! |
Hilangkah Martabat Jika
Berbahasa, Berlembut Budi?
SEDANG penulis menghirup kopi 'O' di sebuah
gerai pagi tadi, sekonyong-konyong datanglah seorang penduduk duduk semeja
untuk minum bersama penulis. Penulis kenal dia. Dia orang kampung berkerja
sendiri. Sudah berkeluarga dan berpendapatan ala kadar menanggung empat orang
anak dan seorang isteri.
Katanya,
dia baru balik dari pejabat UMNO Bahagian untuk mendapatkan banguan Ketua Umno
Bahagian berkenaan mengenai pengambilan boucer BR1M yang sudah terlepas tarikh.
Sesampainya
di pejabat Umno itu, dia terus meminta izin untuk bertemu Dato' ....yang
kebetulan berada di pejabatnya ketika itu:




