Rabu, 13 Mac 2013

KALAUPUN TAK MAMPU NAK BAGI SEMANGAT....

Janganlah Perlekeh Usaha Orang..




SYAITAN!

Apakah kewajarannya tuding menuding, lekeh memperlekeh di saat-saat seperti ini. Cakap besar. Sehari konon!

Siapa? Baca di sini


Jagindas: Daripada firasat air muka pun dah boleh baca...

LUKA BERTAMBAH PARAH, DENDAM KIAN MEMBARA

Ayuh! Hapuskan Kesemuanya!!
"Pemergian kalian kami iringi dengan doa..."

"PAGI SEMALAM, seorang anggota tentera kita terkorban manakala tiga pengganas tumpas dihujung senapang pasukan keselamatan kita dalam satu serangan hendap di Sungai Nyamuk dekat Tanjong Batu, Lahat Datu kelmarin.
            Pertempuran itu dilapor berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi seperti yang dimaklumkan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia,  Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain".
           
Yang tiga ekor mampus itu tidak menjadi hal kerana bagi penulis kita memang mahu mereka hapus semuanya. SEMUANYA! Yang menaikkan darah adalah setelah lapan anggota keselamatan kita gugur dalam mempertahankan tanah air berdaulat ini, seorang lagi dapat digugurkan mereka.
            Penulis harap dengan terkorbannya seorang anggota tentera ini, kedua-dua pasukan keselamatan akan bertambah kental, gigih dan bertambah membara lagi semangat juang mereka di medan sana. Perlu ada dendam yang membara. Perlu ada kesumat yang tak akan cair pada bila-bila.
            Jangan berundur walau seinci. Hapuskan kesemuanya kerana kita tidak mahu tertinggal walau sebiji benihnya!
            Al-Fatihah buat yang telah gugur. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 Rejiman Askar Melayu DiRaja (RAMD).


Jagindas: Terus berdoa semoga kalian semua mendapat pertolongan daripada Allah swt demi agama, bangsa dan negara tercita ini!

PENJAWAT AWAM WAJAR SOKONG KERAJAAN

NAJIB: Jelingan yang penuh makna....


Amanah Dalam Tugas, Sokongan Kepada BN

DALAM satu majlis Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan beberapa berita baik yang bakal dinikmati kira-kira 182, 434 kakitangan perkhidmatan awam membabitkan perbelanjaan RM1.5 Bilion.
            Antaranya, menyambung perkhidmatan kakitangan kontrak kepada setahun lagi, kenaikan gaji selangkah ke hadapan, mensetarakan kedudukan pangkat serta gaji anggota polis dan tentera dan beberapa insentif lain berkuatkuasa 1 Julai, 2013 ini.
            Sebelum ini pun, dalam bajet 2013 yang dibentangkan tahun lalu kerajaan juga telah bersetuju memberikan pelbagai insentif berikutan memahami bebanan kerja yang ditanggung oleh kakitangan awam seiringan dengan kemajuan negara dan tuntutan kos sara hidup semasa.

Selasa, 12 Mac 2013

DI MANAKAH MARTABAT LAGU KEBANGSAAN (NEGARAKU)


Seawal pendidikan tadika telah diterapkan....

Sedih, Penghormatan Diberi Sambalewa

USAHLAH marah jika orang luar tidak menghormati Lagu Negaraku di negara ini kerana rakyat kita sendiri pun masih ramai turut mendurhakainya! Setelah menjadi rakyat di negara ini (lahir, besar dan mencari makan di sini) takkanlah masih tidak tahu mana satu lagu negaraku mana satu lagu dangdut atau caca! Malah,  difahamkan bagi permohonan untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia, "Lagu Negaraku" adalah satu daripada syaratnya.
            Kadang-kadang tertanya-tanya juga, apakah benar mereka itu benar-benar tahu dan menahu lagu kebangsaan Malaysia- Negaraku?