Sabtu, 23 Mac 2013

TAK BOLEH BATAL SEBAB TAK ADA KERJASAMA


Teknikal Yang Membelit Diri

PENDIRIAN Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa badan itu tidak akan membuat sebarang keputusan selagi belum mendapatkan maklumat penuh daripada pihak yang dituduh menggelikan hati juga. Itulah sebabnya kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Osman, adalah sukar kononnya untuk membatalkan pendaftaran DAP berikutan ROS tidak mendapat kerjasama daripada 'orang-orang kuat DAP' meskipun terdapat banyak tekanan mendesak ROS mengunakan kuasanya berbuat demikian.
            Teringatlah penulis satu kes di mana penulis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk pecah masuk rumah sendiri. Kisah bermula apabila penulis mengusir penyewa ynag sudah hampir setahun tidak membayar sewanya. Apabila dia keluar namun barang-barang kepunyaannya masih ada di dalam rumah walaupun tempoh yang diberikan sudah tamat. Degil betul! Samseng pulak tu...
            Kerana sekarang ini ini penyewa pun silap-silap boleh menyaman tuan punya harta, maka penulis terpaksa mendapatkan khidmat guaman dan antaranya adalah mendapatkan perintah pecah masuk rumah sendiri. Pelik sangat bunyinya tetapi begitulah perihal undang-undang.
            Dengan perintah itu, penulis difahamkan setelah tamat tempoh yang diberikan maka tuan rumah (penulis) bolehlah berbuat apa sahaja terhadap harta benda penyewa terbabit termasuk mengheretnya ke mahkamah jika perlu dan mahu. Tapi, untuk mendapatkan perintah tersebut tidaklah semudah menelan air liur beb!
            Maknanya, kalau satu pihak tidak mahu berkerja sama, tentulah adalah jalan penyelesainnya menerusi undang-undang kan? Justeru, siapa yang besar sekarang?
           

Jagindas: Betullah kata seorang kenalan  -  "Malas Nak Cakap!"

NAJIB, MUHYIDDIN MENARI SENDIRIAN


Orang Parti Masih Rileks Dan Selesa...

PILIHANRAYA UMUM KE 13 (PRU13) SEMAKIN HAMPIR! Yang pasti ia akan terjadi sebelum berakhir April ini, InsyaAllah. Kempen dan cakap-cakap di kedai-kedai kopi semakin rancak. Malah di anjung-anjung surau dan masjid juga topik pilihanraya menjadi kesukaan jemaah. Terlupalah sekejap mereka akan kebaikan mengaji, halaqah dan usrah. Demikian 'berhantunya' bahana pilihanraya.
            Antara cakap-cakap pilihanraya itu terdengarlah dakwaan yang DS Najib dan TS Muhyiddin dikatakan 'menari bersendirian'. Lutut mereka sudah lengoh menjelajah negara. Mulut sudah berbuih memberitahu rakyat itu dan ini. Dan paling tidak ditinggalkan adalah menyeru supaya 'orang-orang parti' lebih kerap turun padang dan merapati pengundi. Ambil tahu masalah dan kehendak mereka supaya bila menang nanti tahu apa nak buat. Maklumlah, kalau sudah menang nanti, memang sukar nak jumpa wakil rakyat. "Sibuk, banyak urusan negara. Lagi pun masa itu kenalah kurangkan bercakap tetapi banyakkan kerja. Sebab itu maklumat mesti dikumpulkan dari sekarang supaya senang nanti nak buat kerja". katanya.

Jumaat, 22 Mac 2013

ADIK NAJIB BUAT HAL, ORANG CINA MARAH

DATUK NAZIR RAZAK

Fikir Dulu Baru Cakap Yop!

KIRA-KIRA pukul enam petang tadi, penulis singgah sebentar di sebuah kedai di Kampar. Saja-saja berihat sekejap sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah setelah berjoging seketika di sebuah taman di pinggir bandar itu.
            Beberapa apek (orang cina tua lingkungan 60-an) sedang memperkatakan sesuatu terhadap laporan muka depan sebuah akhbar bahasa cina (edisi petang). Yang penulis faham adalah gambar dalam cerita itu adalah Datuk Nazir Abdul Razak. Kalau tidak silap penulis beliau adalah adik kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak. Nazir juga adalah orang besar bank CIMB. Orang cina kata, CIMB tu macam Nazir yang punya! Biasalah...

JACEL DI FILIPINA, IZZAH DI MALAYSIA


Demi Papa, Kuasa Dan Tamak Haloba

PERKEMBANGAN politik rantau Asean semakin menarik. Di Malaysia kita ada Nurul Izzah anak kepada DS Anwar Ibrahim yang memperjuang keadilan sebenar di negara ini. Manakala di Filipina mereka ada Jacel Kiram, juga memperjuangkan hak dan keadilan demi papa, kuasa dan tamak halobanya.
            "Tangan-tangan ghaib" memang suka orang-orang macam Jacel dan Izzah. Orang muda dan berdarah mudalah katakan. Senang dibentuk dan senang di apa saja!
            Izzah akan cakap apa saja yang dia nak cakap tak kira perkara tu tepat atau tidak. Jacel pun macam itu juga. Anak bapaklah katakan... orang tua-tua kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..Ai, macam ada keserasian pulak!
            Macam mana agaknya kalau Jacel dan Izzah tinggal serumah, ye...

Jagindas: Syok tengok gambar Jacel terngaga...