Isnin, 1 April 2013

MPKR DITUBUHKAN

Tan Sri MdHashim... Kacak dan lawa

Bagi Pastikan Negara Terpelihara Daulatnya

KONON katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) baru-baru ini. Majlis itu berperanan untuk menasihati pemimpin PR tentang isu keselamatan dan pertahanan, serta memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan keselamatan negara laporannya di sini.
            Sehubungan itu bekas ketua turus angkatan tentera darat Malaysia, Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein, telah ditabalkan sebagai pengerusinya. Konon katanya lagi, idea menubuhkan majlis itu juga adalah berikutan PR mendapati banyak kelemahan yang terdapat dalam sistem keselamatan negara hari ini dengan merujuk peristiwa pencerobohan bersenjata pengganas Kiram di Lahad Datu Sabah baru-baru ini yang pada penglihatan PR sebagai lemah dan gagal.
            Bagi penulis, penubuhan MPKR itu dilihat sebagai persediaan PR mengukuhkan kestabilan dalam negara apabila memenangi pilihanraya umum nanti. Barangkali, PR sudah berangan-angan bahawa jika pakatan itu berjaya menawan Putrajaya satu kekecohan dalam negara akan berlaku.
            Tidak mustahil juga ia satu gambaran Md Hashim akan dilantik sebagai senator sebelum diangkat sebagai menteri pertahanan atau keselamatan dalam negeri (mungkin juga kementerian itu dicantumkannya) pimpinan PR. Maka, ramailah yang akan dihumban 'ke dalam' nanti. Kepada yang berkenan, penulis ingin mengingatkan bahawa sediakanlah payung sebelum hujan!
            Penulis percaya, ISA akan dikembalikan ke tempat asalnya, cuma mungkin namanya sahaja yang akan diubah. Itu perkara biasa. Kita memang kaya dengan perbendaharaan kata, frasa dan tinta!
            Yang belum pasti adalah milik siapakah Putrajaya selepas PRU13 nanti. Tapi untuk setakat ini, itupun tidak penting dan tidak menjadi pusing. Apa yang sedang syik ditunggu-tunggu sekarang adalah bila PRU itu...


Jagindas: Tabik hormat kepada Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein !


Ahad, 31 Mac 2013

TAHNIAH NIK AZIZ DAN PAS

NIK AZIZ....Tahniah atas makbulnya doa tuan

Kerana Berjaya Mendidik DAP Menerima Islam

PENULIS tumpang gembira atas kejayaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz, mendidik kaum DAP sehingga parti serpihan komunis itu bersedia untuk menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya umum ke 13 ini laporannya di sini
            Penulis juga kagum dengan Nik Aziz kerana dengan kepakarannya itu menyebabkan DAP sangat mempercayai Melayu PAS.  Bagi DAP, nasib baik di Malaysia ini ada parti PAS yang dianggotai oleh orang berbangsa Melayu dan beragama Islam.  Kerana tanpa mereka itu amatlah sukar untuk melemahkan kekuatan Melayu dan agama Islam.

Jumaat, 29 Mac 2013

PANTUN PUSAKA

Antara Gula Dan Cuka


                       Baik-baik mengail tenggiri,
                       Jangan terkena si ikan parang,
                              Baik-baik menabur budi,
                              Jangan jadi hamba orang.

                       Baik-baik menabur budi,
                        Takut kasih terkorban sama,
                               Dek sebabkan budi kita mati,
                                Kerana kasih jiwa merana.


Jagindas: renung-renungkanlah....

Selasa, 26 Mac 2013

MASIH ADA YANG TERTINGGAL DAN DITINGGALKAN

Kalau Tidak, Masa Kan OKU Tak Dapat Elaun Khas!

SEORANG rakan cina penulis, Ah Poh, yang juga sebaya dengan penulis mempunyai seorang anak dari kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) jenis pekak dan bisu. Usianya sudah mencapai 18 tahun. Dia rajin dan boleh dianggap berkerja dengan bapanya peniaga alatan eletrik dan basikal di sebuah pekan kecil di Malim Nawar.
            Sebagai OKU dia juga sudah didafrtakan bapanya dan memiliki kad khas OKU. Namun Ah Poh sudah lebih tiga kali memohon bagi mendapatkan elaun khas anaknya itu seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan. Tidak berhasil.
            "Wakil rakyat pun bila saya nak jumpa buat-buat lari sebab dulu dia kata semuanya okay. Pegawai-pegawai MCA kata mereka akan siasat. Dan, pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat pun kata akan siasat. Tapi sampai sekarang sudah tiga kali saya mohon apa *an@#u pun tak ada.
            "Saya hairan juga, mahu siasat apa lagi? Anak saya sudah berdaftar sebagai OKU dan ada kad ID OKU. Orang lain saya tengok tak ada masalah. Anak orang kaya pun dapat, macam mana anak saya tak boleh dapat?," katanya dengan nada kesal..
            Rupa-rupanya masih ada yang tertinggal dan terpinggir. Macam mana ni? Sementera itu tinjauan rambang penulis di kawasan parlimen Kampar mendapati jika Datuk Lee Chee Leong masih jadi calon parlimen dalam PRU13 nanti beliau mungkin menang tetapi bukanlah menang besar. Tak apalah, soalnya menang. Manakala tiga lagi Dewan Undangan Negeri (Dun) pula masih flip flop! Kenapa tu?


Jagindas: Sedang kumpul dokumen anaknya, tolong buatkan surat rayuannya hantar terus ke pusat. Satu salinan kepada menteri berkenaan...errmmmm..