Rabu, 10 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (15) - MESTI JELAS PENDIRIAN

Rapuhnya tahap kerahsiaan orang melayu

Musa Tidak Maksud Sokong Pembang-kang?

ORANG TUA-TUA kata terlajak perahu boleh diundurkan! Itu sebab sebelum berkata-kata fikirkan sebaik-baiknya ibarat memanggang ikan. Dibalik-balik supaya tidak hangus sebelah.
            Meskipun Musa tidak berniat menyokong pembangkang (katakanlah begitu maksudnya) namun keceluparannya ketika memberikan komen-komen terhadap pentadbiran negara dalam satu majlis siri Bicara Minda baru-baru ini di sini jelas mengiakan pendirian pembangkan bahawa jika parti itu memerintah negara tetap makmur tidak seperti yang didakwa oleh kerajaan. Dalam program ala-ala forum itu, antara lain Musa berpendirian bahawa negara tidak akan bankrap jika parti pembangkang memerintah negara.
            Tindakannya itu dipercayai sebagai menyanggah pendapat dan pandangan beberapa tokoh politik dan ekonomi negara yang berat berpendapat bahawa Malaysia akan menuju kehancuran ekonomi atau bankrap jika rakyat membiarkan parti pembangkang di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim, DS Hadi Awang dan Guan Eng memerintah negara.
            Kata-kata inti beliau itu telah menarik minat pembangkang lantas menjadikannya sebagai azimat pelaris dalam menarik undi PRU13 ini disebabkan yang berkata itu adalah bekas pemimpin negara yang terkenal sedikit masa dulu yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
            Musa yang gelisah dengan tindakan pembangkan itu akhir meminta pihak terbabit menghentikan perbuatan itu menerusi poster-poster kempen mereka yang kononnya mendakwa pandangan beliau itu tidaklah bermaksud menyokong parti pembangkan.
            "Apa ni Musa? Penyamun ketuk pintu rumah, anda benarkan masuk, dia curi dan samun barang-barang dalam rumah, lepas tu anda buat laporan polis kata saya tidak bermaksud nak suruh dia menyamun dan rompak rumah saya, sedangkan sebermulanya anda telah kenal pasti itu adalah penyamun!"
            Permainan yang dibuat Musa ini pada penulis drama stereotaip lama dan penuh klise. Luahkan dulu, kemudian nafikan tetapi yang penting mesej sudah sampai. Jadi kepada mereka yang fanatik tetap memegangnya sebagai suatu fakta yang boleh dipercayai berdasarkan kepada latar belakang dan sikap pengucapnya.


Jagindas: Musa Hitam, perahu sudah terluncur, air sudah berkocak, ombaknya sudah menghempas pantai. Tunjukan wajah mu yang sebenar. Mari kita terang-terangan berkempen untuk BN...jangan kenyit-kenyi mata haaa..!

CAKAP-CAKAP PRU13 (14) - 5 MEI MENGUNDI


13,268,002 Pengundi Sah Terbabit



10 April: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), pagi tadi mengumumkan seperti berikut:

TARIKH KELUAR WRIT                11/4 /13
TARIKH NOTIS PILIHANRAYA   12/4/13
TARIKH PENAMAAN CALON      20/4/13
TARIKH MENGUNDI AWAL        30/4/13
TARIKH MENGUNDI                     05/5/13
TEMPOH BERKEMPEN:               15 hari

RAKYAT YANG LAYAK MENGUNDI: 13,268,002



Jagindas: Undilah BN!

CAKAP-CAKAP PRU13 (12) - CELAKA! CELAKA! HARAMJADAH!


PAS-lah Yang Bawa Celaka Besar Pada Orang Melayu!

Dalam  akhbar Utusan Malaysia hari ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, semalam  berkata (untuk baca sila klik di sini).  Namun, seorang rakan pula membacanya dalam makna yang songsang. Dia membayangkan kalaulah seseorang kalangan UMNO boleh berkata seperti Nik Aziz begini bunyinya:

IPOH, 10 April -Kalangan orang melayu prokerajaan dan Islam menyelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz hari ini menyifatkan kewujudan PAS merupakan satu kecelakaan besar kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia.
            Mereka dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin PAS jahat dan berlagak seperti Tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama mempermain-mainkankan agama itu dalam perjuangan mereka.

Selasa, 9 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (12) - ISLAM TAPI BUKAN

Tuan Guru Abdullah Saamah

Ulamak Pondok Tempelak Nik Aziz

AMBIK kau!
Kau,
kau,
kau!




Jagindas: Hanya nyanyok saja boleh selamatkan nik aziz...