Jumaat, 10 Mei 2013

MADU YANG DIBERI TUBA BALASANNYA!

(untuk dengar klik di sini)

Kalaulah Sejak Lahirnya Ku Tahu Begini...

UNTUK tatapan kali ini, penulis salin dan tampal catatan penulis bebas, Kasim Ahmad, dalam blognya. Sila baca:

'WAYANG CINA' PASCA PRU13

Menyesal???

Kita Nyesal Undi DAP, Tipu Punya Olang...

DALAM satu sms seorang rakan penulis berkata dia sudah tak larat lagi nak membuat analisis tentang pilihanraya (PRU13) lalu. Tetapi kena buat juga sebab itulah kerja dia. "Letih" katanya.
            Mungkin dalam sebulan dua ini kehangatan bahang PRU13 itu masih ada. Maklum, bara kayu arang bakau, bahangnya kuat padamnya pun lambat. Apa yang jelas ramai pihak yang membangkitkan isu "orang cina lebih kecinaan". Lantaran itu, tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia  dua hari selepas PRU13 itu "Apa Lagi Orang Cina Mahu" menjadi polemik khalayak sampai ke hari ini.
            Bukan sahaja dari kalangan orang Umno, tetapi juga dari kalangan orang cina sendiri dan para ilmuan. Pas dan PKR, tentulah tak kata apa. Pulau Pinang melupakan Pas untuk duduk dalam exco tetapi di Selangor Pas menghadiahkan PKR untuk jadi Menteri Besar.
            Oleh kerana cakap-cakap selepas pilihan raya ini nampaknya hangat juga bagaikan berkempen sebelum ini, makanya tersentak persoalan dalam batu jemala penulis bahawa akankah selepas ini pengundi-pengundi cina akan berkata kepada semua orang Melayu lebih kurang begini:
            "Kita olang banyak silap sokong itu DAP, tipu punya olang, haiya...menyesal lo... ini gomen sudah banyak baik, lagi mau kacau ka...haiya.."
            Konon nak bagi reda keadaan. Konon PRU14 comfirm sokong BN punya! Pelapor-pelapor seperti unit cawangan khas polis (sb), Jabatan Penerangan, tentulah akan melaporkan kekesalan ini ke pihak atasan. Dengan harapan, kerajaan dan orang ramai terutama Melayu akan cool dan sebagai imbuhannya tentulah mereka mahu kerajaan bagi apa saja yang orang cina nak konon depa dah insaf dan demi PRU14. Konon lagi, DAP memang tak boleh di harap. Pas dan PKR pun sama! Kononnya lah...
            Orang tua-tua kata, pertama kali,  terkena; kali kedua, tahu; kali ketiga, jaga-galalah kamu! Tak kanlah Melayu bodoh selama-lamanya...
            Umno di Bahagian dan cawangan sudah mula kerja ke belum? Atau nak tunggu lima tahun lagi?


Jagindas: "Prangkap tuan, perangkap", kata Sarjan Hasan dalam filem Sarjan Hasan lakonan P Ramlee..

Khamis, 9 Mei 2013

SELAGI ADA TOK GURU...

Kalah ditangan Abduh...

Sukar Untuk Kami Durhakainya!

PRU13 sudah selesai. Kerajaan sudahpun terbentuk. Tahniah BN. Tahniah juga kepada Datuk Seri Najib serta bala tenteranya. Pun begitu biasalah, selagi namanya manusia yang beraja dihati bersultankan nafsu, walaupun rumah sudah siap namun pahat pastinya berbunyi. Mahu tidak mahu, layan sajalah. Tetapi melayannya dengan hati terbuka dan minda yang jelas. Syyyy... pebangkang memang kerjanya bangkang tak sudah-sudah!
            Penulis teringat satu pengalaman ketika melawat Kelantan empat hari sebelum plihan raya baru-baru ini. Penulis sempat menyelami hati pengundi di Jeli, Rantau Panjang dan Pasir Mas. Yang lain tak sempat. Penulis pilih kawasan itu kerana di situ ada Tok Pa (Mustafa Mohamad) dan Tok Him (Ibrahim Ali) di Pasir Mas. Kedua-duanya calon hebat dan panas.
            Tok Him, diharapkan mampu pertahankan kerusi Bebasnya apabila BN 'terpaksa' mengalah setelah membaca kekuatan Tok Him berbanding Nik Abduh.
            Penulis sempat berbual-bual dengan beberapa penyokong tegar BN (Umno) di situ terhadap kedua-dua tokoh masyarakat ini. Menurut mereka, Tok Pa memang dipercayai menang tetapi tidak bagi kerusi DUN di kawasan berkenaan. Namun katanya, mereka percaya Tok Him akan tumpas di tangan Nik Abduh, apatah lagi dengan kerusi DUN di situ.
            Penulis cuba mendapatkan pendapat mereka mengapa begitu kuat resa mereka berkata demikian pada hal, Tok Him sebelum ini memang didapati kuat dan kekuatannya pula disokong oleh orang-orang BN di situ.
            Mereka memberikan jawapan yang begitu mudah dan kadang-kadang agak sukar di terima logik akal: "Selagi Tok Guru (Nik Aziz) masih ada, orang Kelantan tidak akan berani durhaka kepadanya. Kita akan bagi sama ada 1, 2 atau 2, 1. Tapi, Nik Abduh anak tuan guru, jadi pada kami mustahil pengundi nak bagi Tok Him termasuk orang BN sendiri..."
            Dan, apabila keputusan PRU13 diumumkan, fahamlah penulis betapa demikianlah prinsip pengundi Melayu kita di Kelantan.


Jagindas: Ya..., selagi nyawa masih ada...

MENURUT KASIM AHMAD...


Salah Percaturan Negara Boleh Muflis

UNTUK merihatkan minda, penulis memilih artikel tulisan seorang penulis bebas, Kasim Ahmad, yang melihat politik tanah air secara ilmiah. Berikut penulis salin terus artikel berkenaan daripada blog beliau: