DALAM satu sms seorang rakan penulis berkata dia
sudah tak larat lagi nak membuat analisis tentang pilihanraya (PRU13) lalu. Tetapi
kena buat juga sebab itulah kerja dia. "Letih" katanya. Mungkin dalam sebulan dua ini
kehangatan bahang PRU13 itu masih ada. Maklum, bara kayu arang bakau, bahangnya
kuat padamnya pun lambat. Apa yang jelas ramai pihak yang membangkitkan isu
"orang cina lebih kecinaan". Lantaran itu, tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia
dua hari selepas PRU13 itu "Apa
Lagi Orang Cina Mahu" menjadi polemik khalayak sampai ke hari ini. Bukan sahaja dari kalangan orang
Umno, tetapi juga dari kalangan orang cina sendiri dan para ilmuan. Pas dan
PKR, tentulah tak kata apa. Pulau Pinang melupakan Pas untuk duduk dalam exco
tetapi di Selangor Pas menghadiahkan PKR untuk jadi Menteri Besar. Oleh kerana cakap-cakap selepas
pilihan raya ini nampaknya hangat juga bagaikan berkempen sebelum ini, makanya
tersentak persoalan dalam batu jemala penulis bahawa akankah selepas ini
pengundi-pengundi cina akan berkata kepada semua orang Melayu lebih kurang
begini: "Kita olang banyak silap sokong itu DAP,
tipu punya olang, haiya...menyesal lo... ini gomen sudah banyak baik, lagi mau
kacau ka...haiya.." Konon nak bagi reda keadaan. Konon
PRU14 comfirm sokong BN punya!
Pelapor-pelapor seperti unit cawangan khas polis (sb), Jabatan Penerangan,
tentulah akan melaporkan kekesalan ini ke pihak atasan. Dengan harapan,
kerajaan dan orang ramai terutama Melayu akan cool dan sebagai imbuhannya tentulah mereka mahu kerajaan bagi apa
saja yang orang cina nak konon depa dah insaf dan demi PRU14. Konon lagi, DAP
memang tak boleh di harap. Pas dan PKR pun sama! Kononnya lah... Orang tua-tua kata, pertama
kali, terkena; kali kedua, tahu; kali
ketiga, jaga-galalah kamu! Tak kanlah Melayu bodoh selama-lamanya... Umno di Bahagian dan cawangan sudah
mula kerja ke belum? Atau nak tunggu lima tahun lagi?
Jagindas: "Prangkap tuan, perangkap", kata Sarjan Hasan
dalam filem Sarjan Hasan lakonan P Ramlee..
PRU13 sudah
selesai. Kerajaan sudahpun terbentuk. Tahniah BN. Tahniah juga kepada Datuk
Seri Najib serta bala tenteranya. Pun begitu biasalah, selagi namanya manusia
yang beraja dihati bersultankan nafsu, walaupun rumah sudah siap namun pahat
pastinya berbunyi. Mahu tidak mahu, layan sajalah. Tetapi melayannya dengan
hati terbuka dan minda yang jelas. Syyyy... pebangkang memang kerjanya bangkang
tak sudah-sudah! Penulis teringat satu pengalaman
ketika melawat Kelantan empat hari sebelum plihan raya baru-baru ini. Penulis
sempat menyelami hati pengundi di Jeli, Rantau Panjang dan Pasir Mas. Yang lain
tak sempat. Penulis pilih kawasan itu kerana di situ ada Tok Pa (Mustafa
Mohamad) dan Tok Him (Ibrahim Ali) di Pasir Mas. Kedua-duanya calon hebat dan
panas. Tok Him, diharapkan mampu
pertahankan kerusi Bebasnya apabila BN 'terpaksa' mengalah setelah membaca
kekuatan Tok Him berbanding Nik Abduh. Penulis sempat berbual-bual dengan
beberapa penyokong tegar BN (Umno) di situ terhadap kedua-dua tokoh masyarakat
ini. Menurut mereka, Tok Pa memang dipercayai menang tetapi tidak bagi kerusi
DUN di kawasan berkenaan. Namun katanya, mereka percaya Tok Him akan tumpas di
tangan Nik Abduh, apatah lagi dengan kerusi DUN di situ. Penulis cuba mendapatkan pendapat
mereka mengapa begitu kuat resa mereka berkata demikian pada hal, Tok Him
sebelum ini memang didapati kuat dan kekuatannya pula disokong oleh orang-orang
BN di situ. Mereka memberikan jawapan yang
begitu mudah dan kadang-kadang agak sukar di terima logik akal: "Selagi Tok
Guru (Nik Aziz) masih ada, orang Kelantan tidak akan berani durhaka kepadanya.
Kita akan bagi sama ada 1, 2 atau 2, 1. Tapi, Nik Abduh anak tuan guru, jadi
pada kami mustahil pengundi nak bagi Tok Him termasuk orang BN sendiri..." Dan, apabila keputusan PRU13
diumumkan, fahamlah penulis betapa demikianlah prinsip pengundi Melayu kita di
Kelantan.
UNTUK merihatkan
minda, penulis memilih artikel tulisan seorang penulis bebas, Kasim Ahmad, yang
melihat politik tanah air secara ilmiah. Berikut penulis salin terus artikel berkenaan
daripada blog beliau: