Ahad, 26 Mei 2013

BOIKOT MEMBOIKOT

Apakah Pilihan Yang Ada...

SIKAP SOMBONG pegawai-pegawai kanan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mendorong banyak pihak yang marah sehingga mendorong mereka membuat protes supaya rakyat Malaysia memboikot syarikay penerbangan tambang murah yang tekenal itu.
            Penulis juga tidak terkecuali daripada meluat terhadap ragam syarikat penerbangan itu. Beberapa rakan yang ditemui memberikan pandangan yang berbeza. Bahkan, pernah juga mengalami peristiwa pahit ketika menggunakan perkhidmatan syarikat penerbanan itu. Ada yang bersetuju dan ada pula yang tidak bersetuju terhadap langkah memboikot tersebut.

Jumaat, 24 Mei 2013

TERIMALAH HUKUMAN JIKA MASIH BERDEGIL

ZAHID .... tiada lagi amaran

Kelembutan Dan Amaran Ada Hadnya

MENTERI Kemenerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid Hamidi,berkata beliau tidak akan memberikan amaran kepada semua pelaku yang menyongsang undang-undang negara sebaliknya mereka terbabit akan terus berhadapan dengan tindakan undang-undang.
            Zahid, ada sebab berkata demikian kerana semua peraturan dan undang-undang dalam negara ini bukanlah rahsia tetapi sememangnya telah diisytiharkan kepada umum. Malah, banyak daripada peraturan hidup dan undang-undang kita menyamai atau berlaku juga kepada negara lain di luar sana.
            Makna kata, masa untuk mengajar (beri amaran) sudah sepatutnya sampai tempoh. Sekarang adalah waktu dan ketikanya untuk menjatuhkan hukuman. Hukuman juga adalah satu daripada ruang pendidikan atau mendidik manusia apabila manusia itu masih berdegil setelah didik secara santun. Ya, Zahid, begitulah caranya berfikir dan bertindak!
            Tetapi.. penulis rasa tak perlulah Zahid sebut galak sangat ayat:"saya tidak beri amaran" berulang kali atau setiap kali memulakan kenyataan media. Bukan apa, nanti ada pulak yang terasa hati..Maklum, sebelum ini perkataan 'amaran' dan 'menteri amaran' sudah menjadi satu mainan di bibir dan di pena khalayak. Cukup-cukuplah sekali sahaja menyebutnya..
            Apapun, rakyat masih tertunggu-tunggu dan menanti penuh harapan bagaimana rupa bentuk KDN versi baru ini menangani pelbagai masalah jenayah di negara ini yang kini dikatakan semakin menular dan menggiat.
            Macam penulis kata sebelum ini, bercakap sebagai menteri tidaklah seperti seorang perwakilan menggigil dalam perhimpunan agung..


Jagindas: Geram tengok penulis nombor ekor haram berkeliaran dan perimis judi mesin tumbuh bagai cendawan...

Khamis, 23 Mei 2013

PATHMANABHAN DAN GENG DIHUKUM MATI

Syabas Polis Dan Mahkamah Tinggi
Gantung Sampai Mati... Bekas peguam, N Pathmanabhan,
didapati bersalah tanpa keraguan oleh Mahkamah Tinggi
dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

SHAH ALAM 23 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas peguam, N. Pathmanabhan, 47, dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.
                Tiga pekerja ladang yang turut dikenakan hukuman getapi amat yakinantung itu adalah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32.
                Selain Sosilawati, tiga individu lain yang mati dibunuh di Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 adalah pemandu, Kamaruddin Shamsuddin; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim. - UTUSAN ONLINE


ALHAMDULILLAH! Bukan fanatik. Bukan bias.  Tidak juga kerana perkauman. Tetapi amat yakin dengan sistem perundangan negara. Makanya, penulis amat berharap agar Mahkamah Rayuan turut menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi seterusnya tiada sebarang pindaan akan dibuat.
            Apa sekalipun, kematian N.Pathmanabhan dan gengnya nanti, masih terhormat berbanding Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya. Sekurang-kurangnya jasad mereka boleh dituntut keluarga, di tanam atau dibakar dengan disaksikan keluarga. Tentu kubur atau abunya. Namun Sosilawatu dan rakan-rakannya tidak sepertiyang sewajarnya dilakukan ke atas orang-orang Islam apatah lagi dalam keadaan negara yang aman sejahtera ini.


Jagindas: Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam mengendalikan kes ini.

JANGAN BAGI MUKA LAGI

Gandingan mantap

Masanya Untuk Bertindak!

ANTARA berita gembira yang dikhabarkan semalam adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Jabatan Cegah Jenayah (JCJ) dan kesungguhan PDRM menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengurangkan jenayah selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadap langkah mencegah pelbagai aktiviti jenayah di negara ini serta nilai integriti PDRM sendiri terhadap masyarakat (berita di sini).
            Tindakan polis ini sangat-sangat dialu-alukan berikutan berlakunya kemelampauan aktiviti jenayah sehinggakan ada sesetengah mereka begitu berani melakukannya secara terang-terang. Misalnya, terdapat aktiviti jenayah itu beroperasi berhampiran dengan balai polis sendiri tetapi masih gagal dibanteras.