Jumaat, 28 Jun 2013

3 GAJAH MUNGKIN BERLAGA

Edward Snowden

AS Dakwa Putin Bantu Snowden

WASHINGTON 23 Jun - Senator Parti Demokratik Amerika Syarikat (AS), Charles Schumer hari ini mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan mengetahui rancangan Edward Snowden untuk lari ke Rusia dan memberi perlindungan kepada bekas kontraktor tersebut.
            Schumer berkata, jika perkara itu berlaku, ia akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik AS dan Rusia.
            "Putin berkemungkinan bersubahat dengan Beijing dalam kes ini dan perkara itu amat tidak disenangi oleh AS," katanya. - REUTERS

[utusan malaysia - 25/6/13]




Jagindas: Memang takdirnya begitukah atau satu perancangan membolehkan berperang? Yang pasti di situ bermulanya titik peperangan...

Ahad, 23 Jun 2013

MELAYU RAMAI BELUM DAFTAR

Sebab, Melayu Lambat Sedar!

SATU daripada laporan akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali sebagai berkata, kini terdapat kira-kira 2.5 juta orang Melayu tidak berdaftar sebagai pengundi sekali gus merupakan perkembangan membimbangkan terhadap masa depan kuasa politik orang Melayu  (Mingguan Malaysia/23 Jun, 2013/p.13  di sini).

Jumaat, 21 Jun 2013

SIKSANYA MENANTI...

Jiwa kacau, kacau jiwaku dibuatnya...
Menanti Bulan Jatuh Ke riba!

TERLALU banyak sudah yang dinanti. Menanti satu keputusan yang tak kunjung-kunjung putus. Entah apakah penyudahnya!
            Menanti pendurhaka diheret dan dihukum. Masih menjadi tanda-tanya. Menanti sebuah organisasi dibatal atau diharamkan, pun masih jadi tanda tanya. Menanti si celupar dicilimrerahkan bibir dan lidahnya, cilipun masih belum nampak. Mahal agaknya harga di pasaran.