Sabtu, 13 Julai 2013

HARGA BARANGAN: SIAPA LEBIH BERKUASA?

Pembekal, Pengguna Atau Kerajaan?

SETIAP kali tiba bulan puasa (Ramadhan) dan diikuti perayaan, negara akan kecohlah dengan masalah kenaikan harga barang keperluan harian. Antara yang menjadi mangsa adalah sayur-sayuran seperti bawang, cabai, daging, ayam dan rempah ratus yang lain. Masing-masing dengan alasannya. Cuaca panas, permintaan melebihi bekalan dan permainan manipulasi pihak tertentu adalah antara yang kerap dijadikan sebab berlakunya hal demikian.

Jumaat, 12 Julai 2013

JALANKAN TUGAS DGN AMANAH ELAK FITNAH

Demi Malaysia...sanggup redah lautan bergelora
Kalau Tidak Apa-Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah!

DALAM satu perbahasan di parlimen baru-baru ini, seorang menteri menjawab satu soalanyang dilontarkan oleh seorang ahli parlimen berkaitan isu ramai polis menerima rasuah. Dalam jawapannya itu, menteri itu menafikan tuduhan tersebutn namun beliau juga tidak menafikan mungkin perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh penjawat-penjawat awam lain yang sering berhadapan dengan orang awam terutama mereka yang ada kaitan dengan 'bahagian penguatkuasaan' seperti kakitangan bandaraya dan sebagainya.

Khamis, 11 Julai 2013

JAWAPAN BAGAI MELEPAS BATUK DI TANGGA.....

YDP Dewan Rakyat
Wakil Rakyat Mesti Faham Jawapan Konkrit!

DUA HARI kelmarin, seorang ahli parlimen membangkit isu pendatang asing yang didakwanya telah menambahkan lagi pelbagai jenayah di negara ini khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Antara bangsa asing itu disebutkannya adalah orang Indonesia dan Afrika atau gagak hitam.
            Dalam jawapannya, menteri berkenaan (timbalan menteri rasanya) berkata sumbangan jenayah oleh warga asing di negara ini hanyalah 1% (satu peratus sahaja) manakala selebihnya adalah dilakukan oleh penjenayah penduduk tempatan.
            Satu jawapan yang menarik dan penuh retorik politik. Bermakna, jika aktiviti jenayah di negara ini mencapai 99% dilakukan oleh penjenayah asing barulah ia menjadi isu dan kerajaan akan merangka satu tindakan yang cekap. Begitukah?
            Penulis rasa, bukan itu jawapan yang diperlukan oleh yang menyoal mahupun rakyat jelata. Lupakah timbalan menteri itu pepatah melayu "api masa kecil menjadi kawan, sesudah besar menjadi lawan". Maknanya, banteras sebelum parah. Cegah sebelum parah. Kenapa nak tunggu sehingga menjadi besar?
            Dari sudut kesediaan menjawab, penulis melihat ramai menteri kita masih belum bersedia memberikan jawapan yang konkrit. Atau juga, mereka yang bertanggungjawab menyediakan jawapan itu telah menyediakan jawapan tersebut sekadar "melepaskan batuk di tangga".
            Jika demikian, menteri sewajarnya menolak jawapan seperti itu sebelum ke sidang parlimen dan pastikan apa-apa jawapan yang hendak dikemukakan hendaklah bersifat tegas, konkrit dan bukan bersifat kepolitikan.



Jagindas: Bila bercakap di media selalu kata rakyat kita sudah matang dan boleh menilai...tetapi bila bercakap di perlimen masih ditakuk lama...bermakna, mentaliti wakil rakyat BN berubah dalam ensutan yang amat kecil...! 

TERUS BERBALAH.....

Penyakit Yg Kekal Di Kalangan Umat Islam!

PERGOLAKAN di Mesir (begitu juga di negara-negara Islam yang lain), dikaitkan juga akibat pengaruh fahaman ekstrim seperti syiah dan sunni. Islam, khususnya golongan ulamak dikatakan telah secara tidak langsung 'mengkastakan' Islam itu sendiri melalui berbagai fahaman dan kecenderungan. Lantas, kini umat Islam terbelit dengan perbuatan mereka sendiri di mana ia turut memudahkan pihak ketika iaitu unsur luar yang sentiasa cemburu dengan Islam mencampuri seterus mengadu domba umat Islam.
            Sejauh mana benarnya dakwaan ini, ianya sukar untuk ditelah namun ketika ini perbezaan pendapat dan pendirian kalangan bijak pandai, ilmuan dan ulamak Islam memang nyata. Dan setiap kali berlakunya pertelingkahan seumpama itu, biasanya ia akan terus melarat dan berkembang bagaikan tidak boleh hendak ditahan-tahan, bagaikan umat Islam ini langsung tidak ada pemikiran persaudaraannya.
            Justeru, penulis mencadangkan saudara pembaca, sekali lagi menilai tulisan Pak Kassim Ahmad ketika memberikan pandangannya terhadap apa yang berlaku di Mesir dan umat Islam sejagat hari ini di sini  dan di sini.



Jagindas: Sumber (polis) memberi tahu, sebelum ramadhan 1434H tiba, umat Islam di Batu Gajah sembahyang dua imam kecuali sembahyang Jumaat. Taraweh tahun ini macam mana ek?....