Rabu, 17 Julai 2013

DIKASTAKAN SAFF MOREH BERBUKA PUASA

Indahnya Ramadhannn....
Juadah Iftar Imam, Bilal, Siak, Makmum Tak Sama!

KALAU boleh penulis tidak mahu dengar sudah cerita-cerita mengarut berkaitan masjid. Apatah lagi dalam bulan yang maha suci dan barakah ini. Tempat suci, tempat beribadat orang-orang Islam sepatutnya diurus dengan jujur dan ikhlas. Namun, penulis tidak dapat menolak apabila petang tadi beberapa rakan mula bercerita mengenai kepincangan moreh di satu kariah di sebuah masjid. Cerita yang setiap tahun pasti berlaku...dan hari ini berlaku lagi..
            Dakwanya, dalam moreh pun ada kasta. Ada peringkat yang berbeza ketika menghadapi jamuan moreh berbuka puasa. Barisan imam dan orang-orang kanannya lengkap dengan aneka lauk pauk serta pembasuh mulut selain dari nasi minyak/putih, buah kurma dan air minuman.

Selasa, 16 Julai 2013

CAIRKAH KITA...

joseph marino

Kalimah Allah: Duta Vatican City mohon maaf

KUALA LUMPUR 16 Julai - Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memohon maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat negara ini.
            Permohonan maaf tersebut disampaikan oleh Duta Vatican pertama ke Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
            Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Marino menjelaskan bahawa komen beliau itu tidak mempunyai sebarang niat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia. - UTUSAN ONLINE



Jagindas: Selalunya cairlah.......

MASIH ADA YANG TAK CUKUP MAKAN DI NEGARA INI

GAMBAR HIASAN:....jangan biarkan mereka kelaparan
Pastikan Rakyat Sendiri Selesa Sebelum Membantu Orang Lain.

BIASANYA, dalam bulan Ramadhanlah banyak cerita-cerita dhaif dan kemiskinan dipaparkan oleh akhbar-akhbar dan media-media elektronik. Barangkali, surat khabar pun nak ambil sedikit 'kredit pahala' hasil daripada mengeluarkan cerita itu. Selebihnya, harapan daripada cerita-cerita seumpama itu adalah untuk mendorong umat Islam melipat gandakan aktiviti bersedekah di bulan yang mulia dan maha barakah ini. Sebagai contoh cerita tersebut ada di sini.
            Penulis tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai masalah kemiskinan itu. Semasa penulis bertugas sebagai pemberita dahulu pun, penulis juga pernah diarah supaya mencari cerita-cerita sebegini pada bulan yang mulia ini kerana ia mampu melariskan jualan akhbar.

Isnin, 15 Julai 2013

AGAKNYA, SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK MELAKUKAN "SILENT ACTION"

Alternatif Untuk Mengajar yang kurang Ajar!
GAMBAR HIASAN: antara manusia yang didakwa  menghina Islam
MENYAMBUT puasa 1434 kali ini umat Islam di negara ini disimbah dengan dua kenyataan dajjal. Pertama dari anak negeri sendiri iaitu Vivian Lee dan pasangannya yang terkenal dengan laman youtube pornonya. Mereka dengan sengaja telah mengejek dan menghina umat Islam menerusi ucapan berbuka puasa dengan makanan tidak halal. Dan kedua pula adalah sokongan duta Vatican City, Josseph Marino, terhadap tuntutan penggunaan nama Allah oleh puak kristian di negara ini.
            Seperti biasa, para blogger, orang awam, oang politik, NGO dan banyak pihak lagi menentang keras kedua-dua isu ini. Lantaran itu, banyaklah sudah laporan polis dibuat. Banyaklah juga pelbagai desakan diasak khusus kepada kerajaan.