Khamis, 15 Ogos 2013

PEMILIK RESORT AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS

Rekabentuknya pun macam kuil kaum Sikh...
Termasuk Menarik Balik Taraf PR-nya

Mengulas kes pemilik resort di Johor yang membenarkan sekumpulan penganut agama Budha menjalankan upacara keagamaan di surau milik resort itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi, berkata:

"PR akan ditarik balik setelah siasatan selesai," katanya ringkas.

Pemilik resort berusia 45 tahun yang berasal dari Singapura dan mempunyai status PR negara ini boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. (berita penuh di sini)

Jagindas Kata:

1.  mohon percepatkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mamat haramjadah itu.
2. ya, bukan sekadar menarik balik taraf PR si-mamat itu, tetapi beliau juga sewajarnya dikenakan sekatan memasuki negara ini untuk tempoh tidak kurang dari 20 tahun.


Ini negara kita. Kita memerintah. Apa takut? Apakah kes macam ini pun ada kaitan dengan hak asasi manusia ke? Beritahu mereka bahawa kerajaan Melayu kita ini bukan sekadar berani bercakap tetapi juga selari dengan kerja-buatnya!

Rabu, 14 Ogos 2013

PENDUDUK BANTAH SNOOKER DI PASAR AWAM

Undang Masalah Sosial

BATU GAJAH: Orang ramai meminta Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) tidak menjadikan ruang niaga bahagian atas pasar awam yang baru di Batu Gajah dijadikan pusat snooker sebagai langkah alternatif agensi itu mengelak dari ruang niaga tersebut terbiar kosong atau membazir.
            Sebaiknya, masyarakat tempatan mahu MDKB mempelbagaikan bahagian atas (tingkat atas) bangunan pasar baru itu sebagai pusat perkhidmatan setempat untuk agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun bagi memudahkan orang ramai membuat urusan masing-masing semasa membeli belah di pasar berkenaan.

TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMAKIN SEMPIT

Pejabat Agama Mesti Berpandangan Jauh

KETIKA berbual-bual dengan seseorang sambil menunggu isteri dan anak-anak membeli barang di luar sebuah pasaraya, rakan bual itu menyebut tentang masalah tanah wakaf perkuburan orang Islam di beberapa kawasan tertentu di bandar khususnya di tempat beliau.
            Dakwanya tanah perkuburan Islam semakin sempit.  Ada sesetengah tanah perkuburan itu menurutnya, walaupun namanya tanah wakaf namun setiap waris si mati dikenakan bayaran (sejumlah tertentu) kepada pewaris tanah kubur berkenaan tidak termasuk bayaran pengurusan jenazah. Maka, panjang lebarlah dia membutir-buahkannya...

Selasa, 13 Ogos 2013

TEMBAK @ BEDIL

Orang Awam Dirasuk Resah

[Penulis teringat satu dialog dalam siri TV zaman 70an, The High Chaparral,bila mana Manolito dan abang iparnya dikepong sekumpulan Red Indian:

John Cannon:"Now we got problem!"
Manolito: "What do you mean by we?"]

KETIKA membicarakan keresahan ramai terhadap fenomena baru jenayah di negara ini dengan kegilaan tembak menembak, seorang rakan berkata khalayak tidak perlu bimbang sekiranya mereka tidak membuat sebarang urusan yang berisikokan tindakan sedemikian.
            Katanya, pada firsatnya mangsa terbabit adalah antara orang yang telah membuat perjanjian secara tidak langsung dengan dirinya sendiri untuk berhadapan dengan risiko itu dalam urusan peribadinya seharian.
            "Jadi, apa perlu bimbang jika anda tidak tergolong dalam mereka yang berurusan dengan risiko tersebut? KECUALILAH kes naya...itu takboleh nak kata apalah...", katanya.