Rabu, 14 Ogos 2013

TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMAKIN SEMPIT

Pejabat Agama Mesti Berpandangan Jauh

KETIKA berbual-bual dengan seseorang sambil menunggu isteri dan anak-anak membeli barang di luar sebuah pasaraya, rakan bual itu menyebut tentang masalah tanah wakaf perkuburan orang Islam di beberapa kawasan tertentu di bandar khususnya di tempat beliau.
            Dakwanya tanah perkuburan Islam semakin sempit.  Ada sesetengah tanah perkuburan itu menurutnya, walaupun namanya tanah wakaf namun setiap waris si mati dikenakan bayaran (sejumlah tertentu) kepada pewaris tanah kubur berkenaan tidak termasuk bayaran pengurusan jenazah. Maka, panjang lebarlah dia membutir-buahkannya...
            Penulis yang setia mendengar luahan nubarinya itu sesekali bersuara juga mengia tanda sokongan terhadap rasa resahnya itu.
            Bagi penulis, masalah tanah perkuburan adalah di bawah tanggung jawab majlis agama. Kalau di peringkat daerahnya, pejabat agama Isam daerahlah yang bertanggung jawab mengenalpasti keperluannya di satu-satu tempat dalam pentadbirannya.
            Biasanya, di peringkat daerah setiap bulan atau paling tidak pun dua atau tiga bulan sekali akan ada mesyuarat pembangunan daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah masing-masing. Di situlah antara agendanya setiap jabatan menyuarakan apa-apa bidang atau instrumen pembangunan yang diperlukan oleh jabatan masing-masing yang khusus di bawah bidang kuasa pegawai daearah dan wakil-wakil rakyat.
            Dalam bab ini, bagi penulis jabatan terbabit sepatutnya berfikiran sepuluh atau dua puluh tahun kehadapan sebelum masalah menjadi rumit. Prinsipnya, setiap hari ada manusia dilahirkan dan setiap hari juga ada manusia yang meninggal dunia. Kerana terlalu memikirkan masalah yang hidup barangkali ada yang terlupa memikirkan penempatan mereka yang mati.
            Jika peneraju tidak melihat kehadapan, bukan sahaja tanah perkuburan yang akan menjadi masalah umat Islam hari ini, malah tapak sekolah juga turut menjadi mangsa pada masa akan datang terutama sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat.
            Berbalik tanah kubur tadi, janganlah sampai suatu masa nanti orang Islam bermasalah besar untuk mengkebumikan jenazah sedangkan 'orang lain' kubur pun macam hotel.

Jagindas: Di Pulau Pinang, keresahan seperti itu sudah mula dirasa.... baca di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.