Indah Lagi Hujan Batu Di Negeri Sendiri...
SEMENTARA menunggu maghrib tiba, anak perempuan saya yang kini menuntut di
tingkatan enam menceritakan beberapa babak menarik hasil perjumpaan singkatnya
dengan rakannya yang kini sedang cuti belajar. Rakannya itu ketika ini
melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkenal di Jordan dalam jurusan
Usul Fiqh. Barangkali dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam.
Satu daripada antara citera-citeranya
itu mengisahkan betapa sengsaranya kehidupan pelajar-pelajar Malaysia di sana
berikutan nilai matawang dan kos hidup seharian yang tinggi di Jordan. Kata
rakannya itu, keadaan itu amat terasa terhimpitnya bagi mereka yang datang dari
keluarga sederhana dan miskin.




