Selasa, 3 September 2013

BENARLAH KATA PEPATAH...

Indah Lagi Hujan Batu Di Negeri Sendiri...
  
SEMENTARA menunggu maghrib tiba, anak perempuan saya yang kini menuntut di tingkatan enam menceritakan beberapa babak menarik hasil perjumpaan singkatnya dengan rakannya yang kini sedang cuti belajar. Rakannya itu ketika ini melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkenal di Jordan dalam jurusan Usul Fiqh. Barangkali dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam.
            Satu daripada antara citera-citeranya itu mengisahkan betapa sengsaranya kehidupan pelajar-pelajar Malaysia di sana berikutan nilai matawang dan kos hidup seharian yang tinggi di Jordan. Kata rakannya itu, keadaan itu amat terasa terhimpitnya bagi mereka yang datang dari keluarga sederhana dan miskin.

Isnin, 2 September 2013

PENAGIH JUDI MESIN SOKONG TINDAKAN PIHAK BERKUASA

Hapuskan Semua Bentuk Judi

"RESAH GELISAHNYA jika tidak menghadap mesin judi komputer lebih hebat daripada orang kena penyakit angau. Bukan sahaja makan tak lalu, tidur tak lena malah hati mengirap-ngirap dan jantung berdebar-debar kalau sehari tidak bermain mesin itu. Deminya, penagih mesin judi rela berbuat apa sahaja walau terpaksa menggadai rumah dan tanah ladang..."
            Itu kata-kata yang pernah diungkapkan kepada penulis oleh beberapa penagih mesin judi haram terhadap tabiat buruk mereka itu apabila penulis cuba mendapatkan reaksi mereka terhadap aktiviti buruk itu.

Ahad, 1 September 2013

MENILAI SEMULA ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Tingkatkan Martabat Bangsa Dan Agama

PENULIS teringat ungkapan kata-kata seorang Ketua Biro salah sebuah akhbar arus perdana tanah air setelah saya diperaku sebagai pemberita sambilan yang katanya lebih kurang begini:
            "Aku dapati kamu sudah boleh memahami dan menyampaikan apa itu berita kepada masyarakat. Sekarang, terpulang kepada kamu untuk meningkakan martabat kamu sebagai pemberita. Tidak ada orang lain yang boleh meletakkan kamu ke atas melainkan kamu sendiri. Jika kamu mempermudah-mudahkannya, bermakna kamu sengaja meletakan martabat kewartawanan yang ada pada kamu ke bawah dan kamu ditak akan berjaya atau menjadi penulis yang baik..."

Jumaat, 30 Ogos 2013

PENENTANG TETAP AKAN KACAU PROGRAM KERAJAAN

Walau Sebaik Manapun...

KEGEMBIRAAN amat terserlah apabila golongan pembangkang berjaya membatalkan penayangan filem "Tanda Putera" yang kononnya menurut mereka hanya membawa unsur memecah-belahkan kaum, menyimpang daripada fakta sebenar serta berunsur fitnah.
            Namun, setelah kerajaan menimbang semula setelah di desak oleh pelbagai pihak dan filem itu mula dibenarkan masuk panggung mulai hari ini (29/8/13), kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE) telah mengharamkan penayangannya di seluruh panggung di negeri itu.