Jumaat, 11 Oktober 2013

BILA AGAKNYA GILIRAN 'AKU' JADI PM?

Jika Ada Jawatan Masih 'Disekat' Bertanding
Gambar Hiasan: Kenangan lalu...
PERCATURAN politik di Malaysia ini boleh dikatakan agak unik dan punyai seninya yang tersendiri. Namun atas kebijaksanaan kepemiminan parti serta kompenan masing-masing, sehingga kini negara masih stabil. Stabil dari segi politiknya, ekonomi, sosial dan hubungannya di peringkat antara bangsa. Alhamdulillah. Semoga berterusan begitu bahkan terus bertambah utuh.
            Selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dan perlembagaan yang sedia ada masih dijunjung sebagai rujukan kerasnya, maka jawatan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menterinya (TPM) masih lagi orang Melayu yang beragama Islam dan masing-masing jawatan itu hanya dengan satu pengisian. Yakni, tiada timbalan satu, dua atau tiga...

Khamis, 10 Oktober 2013

AKANKAH BERULANG SEJARAH HUSSEIN DENGAN MAHATHIR

Datuk Mukhriz Mahathir
Perwakilan Akan Pilih Mukhriz?

KETIKA menyaksikan siaran temubual calon Naib Presiden Umno 2013 di tv3 semalam, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (juga sebagai penyandang) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, penulis teringat sembang-sembang politik bersama rakan-rakan politik kira-kira 33 tahun lalu. Masa itu penulis baru berjinak-jinak dengan umno dan ditahun itulah juga pertama kalinya penulis dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bruas. Masih segar dalam ingatan rakan-rakan seperjuangan ketika itu. Ramai juga yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah. Apa khabar ckgu Mair Afandi, Datuk Hamdi Bakar dan lain-lainnya. Datuk Malek telah meninggal dunia...

Selasa, 8 Oktober 2013

TANAH.. O.... TANAH

Pencerobohan Dihalalkan
gambar hiasan
SATU BERITA kecil yang menarik perhatian saya hari ini di akhbar Utusan Malaysia adalah perihal reaksi kerajaan negeri Perak terhadap memorandom yang dihantar oleh tiga petani di Kampung Tanah Hitam dekat Chemor.
            Dalam reaksinya itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berjanji akan menyelesaikan masalah 'perebutan' tanah kerajaan seluas kira-kira 1.02 hektar itu dengan adil.

Selasa, 1 Oktober 2013

INIKAH NAIB UMNO MALAYSIA 2013?

Pilihlah Calon Mantap Kata Penyandang Naib

Adakah rayuan Hisham terus didengar? (Utusan Malaysia/01/10/13) 
Atau, ini sahaja pilihan yang ada (bawah)

Gandingan Mukhriz, Zahid dan Shafie

jagindas: Baru mengucup keris pun kecut perut, digertak sedikit sudah menggeletar lutut, macam mana nak jadi panglima perang?