Isnin, 28 Oktober 2013

PENDUDUK SG LIMAU BERTUAH BESAR KALAU PAS MENANG

Mukhriz
Sebelum Mengundi Pembangunan Sudah Mencurah..

DALAM Akhbar Utusan Malaysia hari ini, pengarangnya, Zulkiflee Bakar, yang menganalisis Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah, dalam hujahnya yang panjang lebar akhirnya mengajukan soalan "Siapa sebenarnya boleh pejuangkan nasib penduduk Sungai Limau?" Fahamlah kita, tentulah maksudnya sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pas!-  (Utusan Malaysia: 28/10/13 /p.6 - Analisis)

Ahad, 27 Oktober 2013

SELAMAT TINGGAL GULA

Selamat Sejahtera Penduduk Negara

SELEPAS pembentangan bajet 2014, tajuk yang tidak kurang menonjol di media-media adalah tentang pemansuhan subsidi gula atau dengan kata lain harga gula akan naik sehingga dikatakan mencecah RM3.00 sekilogram atau lebih apabila bahan itu tidak lagi digazet sebagai barangan kawalan negara.

Jumaat, 25 Oktober 2013

SINOPSIS BAJET 2014

BAJET 2014
Meriah

BAJET 2014 berteraskan:

1.  Merancak Ekonomi Negara
2.  Mengukuh Pengurusan Fiskal
3.  Mengunggul Modal Insan
4.  Mempergiat Pembangunan Bandar & Luar Bandar
5.  Mensejahtera Kehidupan Rakyat

Khamis, 24 Oktober 2013

KASIH DAN CINTAILAH AYAH DAN IBU SEMASA MEREKA HIDUP MAHU PUN SELEPAS MATINYA..

GAMBAR HIASAN..
Luangkan Masa Setiap Hari Geletik Jiwanya...

HARI ini penulis hendak bercerita tentang kisah masyarakat. Kita selalu lihat iklan di media-media yang mengingatkan manusia supaya menghargai orang tua (khususnya mak bapak sendiri). Ingatan yang mengusik kesibukan anak-anak sehingga teralpa terhadap tanggung jawab terhadap ibu bapa.
            Paling penting erti tangungjawab itu adalah mengingatan mereka dengan melakukan 'personal touch'.  Bagi yang tinggal dekat dengan rumah mak bapak, mereka diingatkan supaya kerap-keraplah menziarahi mereka - pagi atau petang atau pagi dan petang,  berbual-bual dengan mereka serta mengambil berat hal makan minum dan sakit demam mereka.