GAMBAR HIASAN.. |
Luangkan Masa Setiap Hari Geletik
Jiwanya...
HARI ini penulis hendak bercerita tentang kisah masyarakat. Kita selalu
lihat iklan di media-media yang mengingatkan manusia supaya menghargai orang
tua (khususnya mak bapak sendiri). Ingatan yang mengusik kesibukan anak-anak
sehingga teralpa terhadap tanggung jawab terhadap ibu bapa.
Paling penting erti
tangungjawab itu adalah mengingatan mereka dengan melakukan 'personal touch'. Bagi yang tinggal dekat dengan rumah mak
bapak, mereka diingatkan supaya kerap-keraplah menziarahi mereka - pagi atau
petang atau pagi dan petang, berbual-bual dengan mereka serta mengambil berat
hal makan minum dan sakit demam mereka.
Bagi yang tinggal berjauhan,
gunakankanlah peranti media. Bersuaralah dengan mereka. Tanyakan khabar dan
selitkankan nasihat bersama gurau senda anak beranak. Suara anak amat berharga
bagi orang tua terutama anak lelaki. Lainlah kalau keluarga itu tidak
dikurniakan anak lelaki. Selain mengakui dirinya sihat (walaupun sebenarnyanya
tidak berapa sihat) orang tua kita lebih seronok jika mendengar anak-anaknya
sihat dan ceria. Wang memang perlu, tetapi bukanlah segala-galanya.
Sesungguhnya, sentuhan
peribadi seperti pegang, pimpin, usap, gosok, urut, gurau senda lebih bermakna
berbanding wang. Tangan anak sendiri yang menyuapkan makanan ke mulut orang
tuanya tidak sama nilainya dengan tangan isteri atau suaminya.
Ramai yang boleh
menghabiskan kredit telefon hingga beratus ringgit sebulan (atau sehari?) untuk
berbual dengan rakan-rakan, girlfriend,
klien tetapi begitu berkira benar apabila mahu menghubungi mak bapak sendiri.
Pelbagai alasan yang diberikan. bahkan kesibukan atau tidak ruang masa yang
sesuailah yang menjadi mangsa alasan.
Alangkah bahagianya
seorang ibu dan ayah jika setiap malam selepas waktu Isyak atau sebelum tidur anak-anaknya
membuat panggilan kepada mereka - bertanyakan khabar, kalau tidak sihat
bertanyakan ubat dan makan minumnya dan paling utama mohon restunya, minta
ampun dan bercerita sesuatu yang menggembirakannya.
Jika setiap hari mereka
menghubungi rakan tolan dengan kredit RM2.00 sehari maka sebulan dia telah
membelanjakan RM60.00 untuk tujuan itu. Namun, barangkali jika jumlah itu
digunakan untuk menghubungi ibu bapanya, agaknya RM2.00 x 30 hari nilainya
adalah RM60,000.00
Jika itulah hasil darab
perkiraannya, tidak hairanlah mereka yang bergaji RM20,000 -RM30,000 sebulan
pun tak mampu untuk menghubungi ibu bapa mereka setiap hari. Apatah lagilah
jika si anak hanya bergaji seribu dua sebulan... Kerana, jika itu dilakukan
bererti si anak terpaksa berhutang lebih RM20,000 sebulan semata-mata untuk
menghubungi mak bapak mereka.
jagindas:
Aku sudah tidak punya
kedua-duanya (klik di sini..) Al-Fatihah buat
mereka bedua serta sekelian ahli kubur muslimin dan muslimat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.