Rabu, 26 Februari 2014

CABARAN GURU MASA KINI

Banyak Kerja Atau Tiada Komited Dengan Tugas?
  
DALAM sehari dua ini akhbar-akhbar tempatan antara lain memuatkan cerita masalah program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terpaksa ditangguh berikutan projek berkenaan dikatakan telah menjadi mimpi ngeri guru-guru kita sehingga ada yang mendakwa tidak tidur malam disebabkannya.
            Bagi penulis, biarkanlah mereka yangterbabit menyelesaikannya. Lagipun, ini bukan kali pertama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan program-program atau projek-projek pendidikan secara tergesa-gesa. Bak kata orang tua-tua - belum duduk sudah berlunjur dan dalam banyak hal pula KPM dilihat sebagai bernafsu kuat tetapi tenaganya kurang.

Selasa, 25 Februari 2014

MASIH ADA YANG TAK PUAS HATI...

Dakwa BR1M 3.0 Tak Seperti Yang Dijanji

Tak tahulah pula sama ada dakwan ini benar atau tidak. Nak kata tidak benar, nampaknya beria-ia pulak mereka mempertikaikannya. Sehinggakan ada yang nyaris-nyaris terkena penampar. Tidak tahulah pulak adakah ia disebabkan mempertikaikan kekeliruan jumlah sumbangan BR1M 3.0 atau benda-benda lain. Tapi rasanya sedikit sebanyak tentu ada kena mengena juga dengan parti politik...  
            Itu adalah kesimpulan peribadi saya apabila ada rakan memberitahu sumbangan BR1M kali ini tidak menepati apa yang kerajaan janjikan. Maksudnya, ada kalangan mereka (bukan semua) yang sepatutnya menerima RM600 tetapi hanya diberikan RM450.

Isnin, 24 Februari 2014

ELAK TERDEDAH CUACA KEMARAU

Bahang Boleh Sebabkan 'Strok Haba'


PERINGATAN yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar), supaya orang ramai terutama kanak-kanak supaya tidak mendedahkan diri terlalu lama kepada bahang kemarau ketika ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Berita lanjut baca di sini.
            Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diharapkan segera mengeluarkan arahan supaya semua pengurusan sekolah menggunakan budibicara masing-masing untuk membuat pilihan sama ada menghenti atau tidak sebarang aktiviti luar bilik darjah seperti kokurikulum pada sebelah tengah hari dan petang.
            Tak payahlah tunggu sehingga berpuluh murid masuk hospital akibat renjatan kemarau barulah kelam kabut nak keluarkan pekeliling. Kalau itu yang berlaku ramai nanti pegawai yang perasan muka masuk TV...

  

Jagindas:  Di rumah econd, dalam kereta econd, di pejabat pun econd. Agaknya itu sebab langsung tak perasan yek ?...

KASSIM AHMAD BUAT HAL LAGI..

Pemikiran Kassim Membahayakan Umat Islam

BARU-BARU ini, penulis tersohor tanah air, Saudara Dr.Kassim Ahmad, kembali merimaskan umat Islam di negara ini apabila terus bertegas hanya Al-Quran sahaja wajib dijadikan sumber rujukan dan ilmu bagi orang Islam sekali gus menolak apa sahaja yang disebut dan diajar oleh hadis. Lontaran pemikirannya itu dibuat dalam satu seminar khas yang membicarakan tentang "Pemikiran Kassim Ahmad" yang berlangsung baru-baru ini.