Khamis, 12 Julai 2012

Chong Wei, Anda Mampu Lakukannya


Olimpik London: 27 Julai - 12 Aug

LEE CHONG WEI
UNTUK ACARA BADMINTON, Malaysia memang mempertaruhkan harapan kepada Datuk Lee Chong Wei bagi mendapatkan pingat emas negara pada sukan Olimpik London dalam acara perseorangan yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Augus depan.
            Pada kejohanan Piala Thomas di Wuhan Mei lalu, Chong Wei memutuskan tidak meneruskan perlawanan ketika menentang Denmark berikutan beliau mendapat kecederaan teruk di buku lalinya.  Insiden itu turut membayangkan beliau mungkin tidak dapat beraksi di temasya berprestij Olimpik London jika kecederaan itu tidak dapat sembuh segera.
            Namun, setelah mendapat rawatan intensif melalui pakar perubatan kecederaan tersebut kembali pulih sepenuhnya sekali gus memberikan semula harapan tinggi kepadanya dan negara untuk berjuang merebut emas dalam acara perseorangan badminton.
            Syabas Chong Wei, saya percaya Datuk mampu melakukannya dan ia juga adalah sebagai hadiah terakhir untuk negara berikutan keputusan muktamat Datuk akan bersara dari persada dunia badminton tahun depan.
            Menjadi harapan saya (barangkali semua rakyat Malaysia) agar masalah kecederaan buku lali tempoh hari dan terputusnya harapan Chong Wei untuk mengarak Jalur Gemilang dimajlis pembukaan temasya Olimpik itu nanti tidak menjadikannya sebagai tekanan psikologi sehingga menyebabkan Datuk tumpas pula.
            Bukan apa, kadang-kadang benda-benda besar kita boleh letak ke tepi, tetapi adakalanya yang kecil-kecil pula lebih menghantui benak dan perasaan. Manusialah katakan. Apapun, hanya Chong Wei sahaja yang tahu!
            Bagaimanapun, langkah Malaysia memberi ruang rehat yang banyak dengan tidak membabitkan Chong Wei dalam perbarisan pembukaan amat bertepatan. Bukan apa, kalau nak malang, jalan-jalan santaipun boleh terkehel juga.
            Orait, selamat berjuang Chong Wei dan atlet-atlet lain yang mewakili negara. Anda mampu mencapai kemuncaknya! Jongkong Emas menanti anda semua.
           
           

Jagindas:      Tunggu selepas Chong Wei bertarung, saya ada cerita nak dikongsi dengan anda, hehehe...

TERKENANG KIAI ARSHAD


Kalaulah Kiai Masih Hidup...

Dalam kita tengah panas-panas menahan rasa isu tututan Dong Zhong yang mahukan Bahasa Cina disetarafkan dengan Bahasa Melayu dan memohon pertambahan sekolah-sekolah vernakular di negara ini, timbul pula suara yang semacam kesal mendakwa sekolah jenis kebangsaan cina semakin berkurangan.
            Kenyataan ini keluar selepas Dong Zhong meminta pertambahan sekolah vernakular dan menjadikan Bahasa Manderin sebagai bahasa penhantar di sekolah vernakular di negara ini. Secara tidak langsung permintaan ini mencabar perlembagaan yang memperuntukkan hanya Bahasa Melayu sahaja sebgai bahasa penghantar yang sah berikutan ia adalah bahasa rasmi negara.
            Bermakna, kenyataan yang mendakwa sekolah cina semkain berkurangan berbanding pertambahan populasi semasa, bermaksud halus supaya kerajaan kena tambah sekolah vernakular bukan di atas desakan Dong Zhong sebaliknya keperluan dan keseimbangan berbanding pertambahan populasi. Begitukah?
            Pandai, memang pandai. Tak dapat ikut kiri, masuk ikut kanan, tak dapat dari depan, masuk ikut belakang. Janji, dapat! Tak macam orang lain, kerajaan nak beri sekolah agama rakyat pun kena bantah. Sampai buat demonstrasi. Guna bantuan DAP pulak tu! Memang, haramjadah!
            Benarlah seperti apa yang dikatakan Tun Mahathir bahawa melayu masa kini sudah kaku. Sudah tidak berani lagi nak bersuara walaupun membantah terhadap perkara yang sepatutnya mereka pertahankan. Saya percaya, Tun juga memaksudkan kata-katanya itu kepada pemimpin-pemimpin kaum melayu terutama dari UMNO sendiri.
            Kalau zaman Tun dahulu, apa sahaja permintaan atau desakan dari NGO cina hatta dari kalangan parti kompenan sekalipun, jika berlebih-lebihan sehingga mengganggu hak orang melayu dan perlembagaan negara, Tun akan segera membidasnya.
            Jadi, kalau difikir-fikirkan balik, apa sebenarnya yang ada dalam nubari orang melayu kini sehingga menampakkan bagai tidak ada rasa dan resa terhadap ugutan-ugutan dan desakan yang bukan-bukan dari orang cina. Malahan kes-kes serupa itu sejak akhir-akhir ini akan kerap berlaku tanpa jemu setiap negara sedang sibuk membuat persediaan pilihanraya umum.
            Yang kedengaran hanya suara bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (Gapena). Setakat manakah taring Gapena dalam menentang arus sebegini?
           

Jagindas:   Terkenang Kiai Arshad.... AL-Fatihah buat beliau, amin.

Rabu, 11 Julai 2012

Samseng India

GERAKAN SAMSENG - SEBAB TAK ADA KERJA
Bangla, Myanmar, Indon, Sapu Peluang Kerja Tempatan 

[GAMBAR HIASAN - YOUTUBE]

TENGAH HARI semalam, saya bertemu dengan dua kenalan baru. Seorang hanya dikenali sebagai Ah Long (pomen kereta), seorang lagi saya panggil Aney saja (india). Tajuk sembang kami mudah saja iaitu tentang jenayah samseng sana sini yang semakin membimbangkan penduduk.
            Ah Long kata, dulu sebut saja samseng orang akan ingat cina. Sekarang ini tidak lagi, sebab orang india lagi samseng daripada cina dan melayu. Mereka juga dikatakan bergerak secara berkumpulan.
            Aney, pula menyokong kenyataan Ah Loong. Katanya, bukan cina dan melayu sahaja, orang india pun takut dengan india sekarang. Mereka ini tidak ada perasaan. Kumpulan itu bukan sahaja merompak, mencuri dan menyamun, malah mereka juga pukul dan bunuh orang.
            "Kalau mahu ambil barang orang ambil sajalah tapi jangan ancam nyawa, anak dan bini dia. Ini sudah tidak baguslah bagi orang susah"
            "lagi tak bagus, kita sudah cakap, wang tak ada pun dia tidak percaya, dia orang akan pukul kita sehingga ada yang mati" , kata Aney menceritakan perilaku samseng india tersebut.
            Menurut Aney, dia pernah bertanya kenapa pemuda  india mengapa sekarang ini ramai golongan itu yang bersikap demikian dan mereka memberikan alasan kerana tidak ada kerja.
            "Sana sini pun Bangla, Myanmar dan Indon. Mana ada kerja. Dia orang bolehlah sebab taukeh bayar gaji murah. Kita di sini macam mana mau hidup", itu antara jawapan yang diterima Aney apabila bertanyakan masalah itu kepada kaumnya.
            Manakala Ah Long pula menyifatkan samseng india sekarang amat menakutkan kerana kebanyakan mereka bertindak ganas tanpa perikemanusiaan.


Jagindas:    No comment. Jaga diri dan keluarga masing-masing. Buat lah apa yang patut...

Seksyen 39 A.P.J.

DAKWA SECARA AUTOMATIK
Pemilik Kenderaan Yang membenarkan Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun dan Pemandu Tanpa Lesen 
[Gambar Hiasan]

IPOH:  Orang ramai meminta pihak berkuasa khususnya polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan bermotor yang membenarkan kanak-kanak bawah 15 tahun dan yang memandu tanpa lesen memandu kenderaan mereka.
            Menurut mereka, sikap "tidak apa" orang dewasa khususnya ibu bapa terhadap remaja seusia itu yang memandu tanpa lesen telah banyak menyusahkan ramai pihak serta mengancam keselamatan awam terutama di kawasan perumahan dan kampung-kampung.
            Sehubungan itu, pihak berkuasa diminta mengambil tindakan undang-undang seperti yang diperuntukan Seksyen 39 A.P.J. yang mana pesalah boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.     
       Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan, meminta pihak terbabit tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undand-undang tersebut kerana sudah terlalu banyak kes yang membabitkan remaja seperti itu terutama di kawasan perumahan dan kampung.
            "Nampanya, kerajaan terpaksa mengajar dan mendidik pemilik kenderaan bermotor terutama ibu bapa menerusi penguatkuasaan undang-undang berkenaan.       
     "Polis dan JPJ diminta mengenakan tindakan undang-undang berkenaan tanpa kompromi sebaliknya pendakwaan hendaklah dibuat secara automatik berbekalkan undang-undang sedia ada," katanya.
            Sementara itu, tinjauan di sekitar taman perumahan dan kampung-kampung dekat sini, mendapati ramai remaja bawah umur bahkan kanak-kanak seusia tujuh dan dua belas tahun memandu motosikal.
            Tindakan orang dewasa dan pemilik kenderaan yang membenarkan kanak-kanak terbabit memandu sebenarnya boleh mengundang banyak masalah sosial jika tidak dibendung segera.


Jagindas:    Anak penguatkuasa pun ada yang macam tu, tu yang tak sedapnya....