Selasa, 31 Julai 2012

KU LI, TOLONG JANGAN BUAT HAL!


MENGHALUSI SOKONGAN KU LI TERHADAP TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS ASLI KELANTAN

BUKAN sekali, bukan dua kali malah sudah berulang kali Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). [berita lanjut di sini]
            Tingkah laku Ku Li itu menyebabkan ada yang berprasangka beliau menyokong kerajaan PAS meskipun badan dan jasadnya dalam UMNO. Sehingga, ada yang beranggapan seolah-olah, jika kerajaan mengikut petunjuk Ku Li, maka semudah itu Kelantan akan dapat ditawan. Makna katanya, hanya dengan mengembalikan royalti minyak seperti yang dintuntut kepada Kelantan sahaja jalan terbaik dan termudah untuk BN menawan semula negeri itu.


KU LI....Serahkan segera royalti
Apakah sebenar yang tersirat dalam nubari Ku Li sehingga pegangan kuatnya terhadap isu itu  kenegerian yang begitu utuh sehingga Ku Li tidak lagi dapat membezakan kepentingan politik global berbanding dengan sayangkan anak negeri?
            Kalaupun Ku Li amat bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar setelah hasrat menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian, wajarkah isu ini disekongkolkan dengan PAS dalam keadaan BN belum pasti dapat menawan Kelantan?
            Memang Ku Li orang lama dan berpengalaman luas dalam politik bukan sekadar dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Namun, Ku Li seharusnya mengekalkan martabatnya sebagai ahli politik yang professional dengan tidak memberikan tindakan tanduk yang boleh mengelirukan rakyat apa lagi merunsingkan pemimpin BN.
            Bagi saya, rakyat Kelantan memang sukar untuk dipulihkan lagi minda, persepsi dan halatuju mereka walau dengan apa cara sekalipun untuk tempoh terdekat ini. Ini bermakna, jika kerajaan meluluskan tuntutan royalti minyak yang didakwa tidak menepati perjanjian itu sekalipun, BN tidak akan dapat menawan Kelantan, sekurang-kurangnya untuk PRU13 ini. Pada pandangan saya, minda set orang Kelantan majoritinya semacam terkena pukau PAS!
            
Jagindas:   (bersambung ke bahagian 2)..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.