Selasa, 31 Julai 2012

KU LI, TOLONG JANGAN BUAT HAL! (BHG. 2)


MENGHALUSI SOKONGAN KU LI TERHADAP TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS ASLI KELANTAN  (bhg. 2)
KU LI...menyaksikan perjanjian royalti
KEGAGALAN KELANTAN mengurus hasil mahsulnya malah memporak perandakan sumber pendapatan negerinya itu sudah cukup membuatkan kerajaan pusat 'amat ngeri' untuk melepaskan royalti tersebut, kalaupun kerajaan ada bercita-cita berbuat demikian dalam tempoh ini.
            Namun begitu, sebagai kerajaan yang perihatin, telah teralu banyak yang kerajaan BN curahkan kepada negeri itu sebagai langkah untuk memendekkan jarak atau jurang tahap hidup rakyat negeri berkenaan berbanding negeri-negari lain.
            Justeru, pada PRU13 nanti, sepatutnya rakyat kelantan menggunakan masa emas tersebut untuk mempamerkan keikhlasan mereka sebagai benar-bernar berterima kasih kepada kerajaan pusat dan percaya bahawa nasib mereka akan lebih terbela jika BN di beri peluang memerintah kembali.
            Nah, di sinilah sepatutnya Ku Li berdiri. Ku Li sewajarnya berusaha meyakinkan rakyat Kelantan untuk memberi keyakinan kepada BN kerana sebarang tuntutan atau penambaikan untuk kemajuan rakyat di negeri itu seharusnya disuarakan apabila BN sudah menggenggamkan kukunya semula di negeri berkenaan.
            Dengan tindak tanduk Ku Li,  yang adakalanya semacam flip-flop antara BN dan PAS, jelas menggambarkan beliau juga tidak jujur meletakkan dirinya dalam BN sealiran dengan majoriti rakyat Kelantan yang ada sekarang. "Demo bui kito ambek, undi tok soh dapak kat demo wei". Itu pegangan rakyat Kelantan sejak PAS memerintah!
            Tentunya, kalau dikatakan Ku Li sekarang bagaikan api dalam sekam atau laksana duri dalam daging bagi UMNO, beliau bukan sahaja akan menafikan malah akan marah dan berkecil hati. Namun, Ku Li juga harus memikir sebelum mengucapkan sesuatu yang ada hubungan dengan kepentingan BN. Memang benar, semua rakyat berhak menyuarakan apa sahaja dalam era dunia tanpa sempadan dan dalam wajah baru politik negara yang lebih bersifat terbuka. Tetapi, apapun natijahnya, suara-suara tersebut seharusnya jelas serta tegas dan tidak bersifat bagai pisau dua mata.
            Ku Li harus sedar, jika beliau mengikuti jejak Lajim Ukim dan Wilferd Bumburing sekalipun di saat-saat ini, sebenarnya bagi saya (barangkali juga khalayak lain), UMNO tidak merasakan kehilangan apa-apa. Tindakan tersebut mungkin menambahkan kesukaran lagi BN untuk menawan Kelantan dalam PRU13 ini, namun BN juga sebenarnya sudah bersedia menghadapi kekealah di negeri itu  dalam PRU13 ini.
            Jadi, nasihat saya kepada Ku Li, kalau nak senyum, senyumlah selebar-lebarnya tetapi jangan menguntum persis ada sesuatu yang terlindung. Kalau nak bersuara, berkatalah dengan sejujurnya, jangan pula telunjuk lurus kelingking berkait!
            Sementara masih ada penghormatan khalayak terhadap kita, maka peliharalah martabat dan keprofessionalisma kita sebagai orang politik dan ahli UMNO. Atau, pilih sahaja jalan berehat panjang...
Jagindas:   ada sesetengah orang politik takut keluar UMNO dikhuatiri cerita-cerita lampunya menjadi mainan media maya tanpa sempadan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.