MEMANG benar, mana-mana kerajaan
negeri yang di ketuai oleh pembankang, sekolah-sekolah di negeri berkenaan
telah diingatkan supaya tidak menjemput pemimpin terbabit hadir dalam sebarang majlis
rasmi anjuran sekolah berkenaan.
Bahkan,
ada juga pihak pengurusan sekolah yang diberikan surat tunjuk sebab hanya
kerana pemimpin pembangkang tersebut datang tanpa dijemput. Ini disebabkan
pemimpin berkenaan tidak faham bahasa sekali gus menyusahkan orang lain. Dalam
pada itu tidak dinafikan juga ada pihak pengurusan sekolah yang main kenyit
mata dengan pemimpin pembangkang di tempat masing-masing. Itu soal lain!
Apa
yang hendak saya perihalkan di sini adalah maksud "jangan mempolitikkan isu pendidikan".
Yang Berhormat Lembah Pantai, Nurul Izzah, yang menyokong gesaan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan Majlis Pelancaran Laporan
Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, semalam, memberikan contoh isu tersebut yang pada
tafsirannya mempolitikkan pendidikan.[baca
di sini]
Dangkal,
memang dangkal! Atau sengaja mendangkal diri bagi mengcreat isu baru? Kalau setakat menghalang pembangkang menghadiri
majlis rasmi sekolah itu perkara amat kecil. Sebesar hujung mata jarum. Kalau
ditakdirkan BN jadi pembangkang, saya percaya PR akan buat lebih dari itu!
Adapun
yang dimaksudkan mempolitikkan pendidikan itu adalah memutarbelit dan
memanipulasikan sistem serta dasar-dasar pendidikan khususnya dasar pendidikan
negara untuk kepentingan politik sesuatu kaum atau golongan. Dasar yang ada
adalah untuk kepentingan semua rakyat bersifat sepunya, global dan transperansi.
Itu dia!
Kalau
tak faham juga, saya berikan contoh: misalnya perjuangan menjadikan Bahasa Cina
sebagai bahasa kedua atau bahasa penghantar utama - itu menentang dasar! Jadi
jika ada pihak yang mengambil kesempatan ini, bukan sekadar pembangkang hatta
dari kalangan parti kompenan sendiri, MCA misalnya, jika mengentak-ngentak memperjuangkan
isu itu, maka inilah dikatakan mempolitikkan pendidikan. Ada faham dik Izzah?
Oleh kerana YB adalah seorang cendikiawan, cukuplah sekadar contoh tersebut.
Kalau tak fajam juga, anda memang YB yang bodoh dan tidak faham bahasa!
Demikian
juga dalam ucapannya Najid menyentuh isu tonggeng punggong, itu hak
peribadinya. Sesiapaun boleh menyelitkan hak peribadinya yang sudah menjadi isu
nasional. Bapak Nurul Izzah pun boleh berbuat demikian kalau terkena ke batang
hidungnya sendiri. Perkara ini langsung tak boleh diambilkira! Komen Izzah
langsung tidak professional dan tidak menggambarkan dia sebagai orang yang
cerdik pandai! Maknanya apa tu..?
Baca
dulu. Bacapun jangan tebuk-tebuk. Baca dari awal hingga akhir dengan memahami
baik-bait dan setiap frasa dalam laporan tersebut. Justeru, itulah yang
dimaksudkan semua pihak termasuk BN sendiri jangan mempolitikkan sistem dan
dasar pendidikan sebaliknya pastikan keprofessionalan pendidikan negara ini
boleh menjamin kestabilan negara dari segi sosial, ekonomi dan politik. Orait?
Orang
UMNO mahupun BN pun janganlah tersengeh-sengeh. You orang pun bukan semua faham tentang sistem dan dasar pendidikan
negara ini. Jadi you orang pun kena
baca dan fahamkan. Barulah kaw yop!
Jangan sorak dan tepuk tangan main ikut-ikut saja!
Jagindas: bukan lagi baca, masuk pun sampai habis...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.