Bank Rakyat Masih Belum Terima
Taklimat
SEMALAM, kerajaan melancarkan Skim Pinjaman Mikro
bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan penjaja kecil di negara ini
mendapatkan modal pusingan dan pembelian peralatan berniaga.
Skim
pinjaman tanpa faedah itu memberikan kemudahan antara RM1,000 hingga RM50,000
dikatakan mula boleh dipohon oleh kira-kira 1.5 juta peniaga dan penjaja
terbabit mulai hari ini (29/1/13) dan antara agensi kewangan yang diamanahkan
menguruskan skim tersebut adalah Bank Rakyat ( di
sini)
Namun,
penulis diberiahu sebentar tadi, seorang penjaja kecil yang memang sudah lama
menunggu skim berkenaan dilancarkan telah menemui pegawai di Bank Rakyat dan
beliau dimaklumkan pihak bank tidak boleh berbuat apa-apa tindakan kerana setakat
hari ini mereka masih belum mendapat arahan serta taklimat berkaitan skim
berkenaan.
Justeru, apa yang boleh kita fikirkan daripada
senario peristiwa tersebut, adalah:
(1) Apabila menteri membuat pengumuman
dengan yakin, padahal realitinya tidak berlaku, ini bermakna kerajaan sering
mendapat maklum balas yang tidak tepat daripada orang-orang di bawahnya. Dalam
kes ini, kita boleh anggap ini adalah perkara kecil namun, itulah keadaan yang
selalunya berlaku sebelum ini dalam banyak hal dan perkara yang disuarakan oleh
pihak kerajaan kepada rakyat jelata. Tentulah sumbernya daripada Bank Negara,
kan? Jadi....?
(2) Yang menambah malang lagi, selepas ini dalam
apabila permohonan sudah dibuka keada umum, tiba-tiba pada hari permohonan
dibuat pemohon dimaklumkan: maaf encik,
peruntukan untuk skim tersebut telah habis dipohon!
Kononnya,
penjaja yang mengadu kepada penulis itu pernah memohon kemudahan yang sama
dengan agensi MARA tahun lalu dan itulah jawapan yang diterimanya!
Takkanlah
benda-benda macam inipun SPRM kena masuk juga, letihlah kerajaan!
Jagindas: Semoga kali
ini semua pemohon akan berjaya mendapatkan kemudahan tersebut dan penulis
ucapkan "selamat berniaga".... (bila sudah senang sedikit, jangan
lupa bayar hutang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.