HARUSSANI: JANGAN UNGKIT LAGI.... |
Yang Sudah Selesai Jangan
Diungkit Lagi
ISU tuntutan orang kafir di Malaysia yang
menuntut supaya kalimah Allah juga boleh digunakan dalam penggunaan harian
serta kitab-kitab rasmi mereka yang kemudiannya mendapat tentangan bulat
daripada orang-orang Islam, ketika ini bolehlah dikatakan sudah selesai apabila
Majlis Syura Pas berpendirian yang sama dengan majlis ijtimak ulamak
kebangsaan.
Sebelum
itu, pendirian Pas agak mengelirukan. Namun sekarang, hanya Anwar Ibrahim dan
konco-konconya sahaja yang masih berdegil. Agaknya dia takut di sergah Israel,
barangkali.
Sebagai
mengukuhkan pertahanan itu, Jumaat lalu masjid di seluruh negara yang jemaahnya
menunaikan sembahyang Jumaat khatib telah menggemakan khutbah berintikan
mempertahan kesucian Kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan hanya digunapakai
dalam kitab-kitab yang mendakwah ajaran Islam sahaja (di sini).
Tidak
ada lain yang dimaksudkan oleh inti pati khutbah itu hanya mengingatkan
orang-orang Islam terhadap kesucian agama itu dan menyeru supaya umat Islam
terus memelihara serta mempertahankan agama itu daripada sebarang ancaman dan pencerobohan
mahu pun cubaan untuk memperdayakan agama suci itu. Tindakan ini, samalah
seperti pemimpin negara mengajak rakyatnya mempertahankan negara daripada
serangan musuh. Sama!
Justeru,
menyedari ada pihak yang masih tidak sedar diri, mengada-ngada dan gila bahasa,
maka mufti Perak, Datuk Dr. Seri Harussani Zakaria (gambar), menaikkan angin banjarnya bahawa
isu sebegitu boleh menjadi pencetus pertumpahan darah (macam 13 Mei atau perang
sabil) jika orang-orang kafir terus mengeruhkan suasana (di sini).
Sayang
sekali, cuma beliau sahaja yang yang berani kata begitu. Sepatutnya pemimpin-pemimpin
lain (mufti-mufti, imam-imam. NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan silat dan
lain-lain) sahut dan sokonglah 'angin Harussani' itu.
Jagindas: Yang Islam pun
satu hal, bersyiah-syiahlah, berwahabi-wahabilah, berkhawarij-khawarijlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.