Pas Terus Kedepan Membelasah
Sekutunya
"SIAPA KARPAL SINGH?" .... Harun Taib (tengah) |
TERLIHAT JELAS, doa-doa umat Islam yang
memohon supaya Allah Taala menunjukkan kebenaran dan tafik serta hidayahnya ke
atas pemimpin-pemimpin Islam di negara ini berikutan pelbagai konflik dan
pertelingkahan yang berlaku akibat daripada pihak yang tidak bertanggung jawab
memainkan isu kalimah Allah baru-baru ini dikabulkan. Tidak kurang juga isu
amat Haji Hadi Awang turut menggelisahkan umat Islam di negara ini.
Dengan
pusingan 'U' yang dibuat oleh Pas apabila Majlis Syura-nya membuat ketetapan
bahawa kalimah Allah hanya diperuntukkan kepada orang Islam dan terus
mempertahankan kedudukan serta martabat kalimah itu, nyata memperlihatkan
hubungan Pas dengan DAP ibarat retak menunggu belah. Manakala boleh dikatakan
keseluruhan umat Islam di negara ini tanpa mengira parti terus berdoa agar PAS
keluar daripada jemaah pakatan DAP juga PKR.
Keikhlasan
umat Islam dalam isu ini amat jelas dan telus. Barangkali atas keikhlasan dan
ketelusan itulah makanya Allah (swt) memberikan pelbagai petunjuk dari masa ke
semasa yang akhirnya pemimpin PAS bertaut rapat menyergah Karpal Singh. Meski
pun ramai yang berharap agar PAS menyatu dengan Umno, namun bukanlah itu hasrat
besarnya. PAS boleh meneruskan perjuangan mereka secara bersendirian kalau dia
mahu dan pada masa sama, jika mereka berhasrat mahu menyekutui Umno tentulah
kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
Karpal Singh barangkali adalah antara pemimpin politik yang sudah nyanyuk sebelum usia atau sengaja menyanyukkan dirinya bagi mengelirukan pengikut-pengikut parti pakatan rakyat (PR) demi kerakusan politiknya. Logiknya, takkanlah sebagai peguam tersohor (kununnya) dia tidak tahu peranan sesebuah 'majlis' atau organisasi. Takkanlah dia tidak tahu kuasa-kuasa yang ada bagi sesebuah 'majlis'. Misalnya dalam Umno kita ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Majlis ini tentulah mewakili suara-suara Umno dari seluruh negara. Demikianlah juga Majlis Syura dalam Pas.
Karpal Singh barangkali adalah antara pemimpin politik yang sudah nyanyuk sebelum usia atau sengaja menyanyukkan dirinya bagi mengelirukan pengikut-pengikut parti pakatan rakyat (PR) demi kerakusan politiknya. Logiknya, takkanlah sebagai peguam tersohor (kununnya) dia tidak tahu peranan sesebuah 'majlis' atau organisasi. Takkanlah dia tidak tahu kuasa-kuasa yang ada bagi sesebuah 'majlis'. Misalnya dalam Umno kita ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Majlis ini tentulah mewakili suara-suara Umno dari seluruh negara. Demikianlah juga Majlis Syura dalam Pas.
Syabas
kepada Harun Taib yang membodohkan Karpal berikutan kelancangan pengerusi DAP
itu mengherdik Pas kerana menafikan keputusan yang dibuat dalam satu
pemuafakatan PR pada 8 Januari lalu apabila Pas menetapkan kalimah Allah hanya
untuk orang Islam dan tidak siapapun yang bukan Islam boleh melacurkannya!
Karpal sangat berang dan bagaikan mahu saja mencekik pemimpin Pas!
Hikmah
Allah terus memberitahu kita bahawa selama ini penyekutuan PAS dengan DAP an
PKR hanyalah olok-olok ibarat manis di bibir tetapi tidak sampai ke hati.
Jelaslah, selama ini ketiga-tiga pihak dalam PR itu tidak ada ketelusan dan
kesefahaman tulen merentasi kepolisian politik secara bersama. Dan, jika unsur
penting itu tidak ada, apa yang nyata tidak akan berlakulah sebuah kerjasama
tulen. Kerjasama tulen bererti kesepakatan yang jujur, telus, ikhlas dan
berintegriti.
Atas
wajah itulah, jika rakyat memberikan kepercayaan PR menawan Putrajaya, ramai
pihak yang meramalkan negara akan mengalami 'tsunami' yang sukar dibayangkan.
Ini bukan ugutan atau sengaja mahu menakut-nakut rakyat. Tetapi sudah jelas
jika bunganya adalah Bunga Tahi Ayam, akankah bertukar berbau Kenanga?
Justeru,
PAS tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan berfaraq
dengan PKR dan DAP kerana sikap, sifat,
semangat dan keperibadian DAP itu "sudah
terang lagi bersuluh". Begitu juga PKR, berdasarkan pemikiran ketuanya,
Anwar Ibrahim, rujuklah kitab mana dalam mazhab yang empat, bahawa PKR pimpinan
Anwar lebih cenderung membawa bahaya dan petaka kepada umat Melayu dan Islam di
negara ini. Adalah juga sudah terang dan bertambah terang setelah disuluh
suluh!
Tidakkah
PAS merasainya? Atau masih malukah untuk mengakui hanya atas prinsip
alang-alang menyeluk pekasam......Atau, sesudah perahu terlajak hanyut, biarkan saja ia
meredah lautan? Bukankah keputusan sebegitu amat jelas mengabarkan bahayanya??
Jagindas: Dan, kepada
orang-orang Barisan Nasional di semua peringkat jangan diulangi kesilapan yang
lalu serta belajarlah memantapkan kekuatan parti dan ummah berdasarkan
keterlanjuran PAS itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.