.....Tunggak DAP |
Desaklah Mereka Daftar-Sahkan PR
BEBERAPA post sebelum ini penulis menulis tentang Pas yang penulis
ibaratkan bagaikan gila talak terhadap DAP sedangkan sikap DAP itu sendiri amat
jelas memang sengaja menyakiti hati Pas. Pada pendapat penulis keceluparan itu
disengajakan dengan harapan Pas akan keluar daripada bumbung Pakatan Rakyat
(PR) dan pada masa sama berharap ahli pas akan menganggotai DAP atau parti
lain. Yang penting bagi DAP tiada parti Pas kerana DAP amat benci dengan nama melayu,
bumiputera dan Islam seperti juga dia amat benci dengan umno.
Dalam pada itu, DAP juga tidak
sunyi daripada huru hara ciptaannya sendiri. Segalanya bermula apabila
ahli-ahlinya mempertikaikan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa pusatnya tahun
lalu. Meski sudah diperbaharui semula, namun cacat celanya masih terlihat jelas
dan ini amat menimbulkan rasa kurang senang kalangan ahlinya hingga sekarang. Secara
keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa ahli berpendapat DAP bersikap diktator,
kronisme dan adakalanya semacam anarki.
Akhir-akhirnya, media
kerap memaparkan orang India dengan masalah indianya, orang cina pun begitu dan
orang melayu juga tidak kurang geramnya terhadap pengurusan DAP itu. Dalam
tulisan ini nanti, penulis hanya fokus kepada orang melayu yang menjadi ahli
DAP. Tidak perlulah menyelongkar masalah yang orang India dan Cina hadapi. Bak
kata orang tua-tua, jagalah perahu
masing-masing.
Orait. Penulis hendak tanya, yang melayu-melayu DAP dok
menjerit-jerit mengabarkan rasa tidak puas hati dan kurang senang dengan urus
tadbir parti itu, adakah faham bahawa DAP tidak pun pandang sebelah mata kepada
jeritan tuan-tuan. Doanya, "kalau lu
mau ikut lu diam-diam, kalu lu bising-bising lebih baik lu keluaq la.."
Ibarat kata, orang melayu di sisi DAP adalah seperti melukut di tepi gantang;
hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Itu adalah pada tilikan penulis.
DAP hanya mahu melayu jadi
pengikut dan penyokong bukan untuk menjadi tuan, ketua atau cendikiawan dalam
parti itu. Faham tak? Bagaimana dia sekeh kepala orang Pas dan umno dalam isu
Islam dan sebagainya, begitulah juga sebenar yang hendak dan akan buat kepada
melayu Islam dalam DAP.
Justeru, tuan-tuan (melayu
DAP) tidak usahlah membuang masa terjerit-jerit konon memprotes urus tadbir lagiDAP.
Tidak payahlah buat kerja bodoh itu. Cukuplah dengan sekali bodoh, janganlah
sampai berkali-kali dibodohkan oleh cina DAP. Janganlah membuang masa yang
memang jelas merugikan bahkan kelakuan tuan-tuan itu seperti anjing yang
menyalak-nyalak padahal tiada siapapun dari majlis tertinggi DAP yang
berprihatin terhadap jeritan itu.
Kalau adapun, ia adalah
sekadar wayang untuk mengambil hati sahaja... Justeru, adalah lebih baik
tuan-tuan semua keluar daripada parti itu dan menganggotailah mana-mana parti
yang boleh menerima orang melayu secara jujur seperti Pas, Umno hatta parti
KeAdilan (PKR) sekalipun. Dengan Parti Gerakan pun tak payahlah hendak tersua-sua
muka meskipun parti itu menerima keahlian dari semua kaum dan agama. Buang
masa! Bezanya Gerakan dalam BN, itu sahaja.
Tinggalkanlah DAP dengan hidup
berkelamin bersama cina dan indianya. Itupun kalau india masih berperasan
bahawa cina DAP begitu cinta dan kasih kepada mereka. DAP sejak dulu lagi
adalah untuk cina (hakikatnya) dan dari cina kepada cina. Alangkan cina dalam
kelambu sendiri pun masih belum boleh dipercayai inikan pula yang berada di
luar kelambu!
Jika DAP benar-benar ikhlas
hati mahu menerima Pas seadanya, mengapa tidak
DAP, PKR juga Pas mengusulkan supaya parti PR itu didaftarkan sebagai
parti politik yang sah di mana ia dianggotai secara undang-undang pertubuhan daripada
tiga kompenan utama tersebut.
Dengan yang demikian, jika
ditakdirkan PR memenangi mana-mana pilihan raya nanti tentulah tidak sukar
untuk membina sebuah kabinet seperti yang diamalkan BN sekarang.
Namun, apa yang berlaku
sekarang, oleh kerana PR itu tidak berdaftar secara sah, bukan sahaja
perkongsian tiga parti itu saling curiga mencrigai bahkan tiada tindakan sah
yang boleh diambil jika berlaku kecelaruan antara kompenan atau rakan kongsi
itu melainkan hanya bertegang leher di pentas-pentas ceramah dan di dada-dada
media.
Jagindas: Sia-sia sahaja menulis tadi, sebab baru saya
perasan bahawa Ngo Hindraf
pun kerajaan gunapakai juga walaupun ia sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar secara
sah dengan Pendaftar Pertubuhan. Begitulah indahnya Malaysia! Maaf kepada
Pakatan Rakyat, teruskanlah perjuangan anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.