Akibat Cintanya Tidak Berbalas
MAKA BERANTAKANLAH kaum-kaum pas dengan DAP setelah api dinyalakan oleh
Karpal Singh berkaitan dengan isu gesaan pengerusi DAP itu supaya jabatan
pendaftaran pertubuhan negara membatalkan mana-mana pertubuhan sama ada NGO
mahupun parti politik yang berteraskan satu-satu agama atau bangsa.
Sebelum tulisan ini,
penulis turut mengulas isu berkenaan di sini. Namun, sejak hari itu sampailah sekarang
nampaknya nafsu Pas semakin membuak-buak menyalahkan Karpal dan DAP. Pas tetap
mahukan rakan sekutunya itu bermohon maaf atas keceluparan Karpal itu kerana
menurut Pas ia adalah tidak wajar dizahirkan oleh sekutu Pas sendiri yang
didakwanya selaku rakan tolan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Tidakkah Pas faham bahawa
kewujudan persekutuan mereka dalam PR itu adalah sebuah parti yang tidak
berdaftar? PR bukanlah sebagaimana Barisan Nasional (BN) di mana BN adalah
parti yang berdaftar dan beroperasi secara halal. Sepatutnya, PR itu sendiri
tidak boleh disebut-sebut apa lagi untuk di uar-uar di media-media kerana ia
tidak 'halal' di sisi undang-undang.
Jika MCA atau MIC, Gerakan
atau mana-mana 13 parti kompenan BN yang bersikap celupar terhadap kesepakatan seperti
itu maka, Umno boleh menegurnya begitu juga sebaliknya. Tetapi bagi PR, sesiapa
sahaja boleh bercakap dan bercelupar sesama mereka kerana mereka tidak
mempunyai sebarang ikatan yang sah. Mereka cuma tinggal serumah; makan, minum,
mandi manda malah tidur pun bersama tetapi ia dilakukan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah. Tahukah apa maksudnya itu?
Justeru, adakah Pas
beranggapan Karpal seorang peguam dan ahli politik yang bahlol? Tidak, Karpal
bijak orangnya dan disegani oleh rakan dan lawan. Bermakna, dia sengaja berbuat
demikian kerana dia mahu Pas keluar dari PR atau jika melayu Pas mahu juga
bercengkerama dengan PR, maka ahli pas hendaklah keluar dari Pas dan mendaftar
sebagai ahli DAP atau Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Itu sahaja! Masih tidak
faham lagi kah?
Namun begitu, BN pada
pendapat penulis tidak sekali-sekali berhasrat untuk memujuk Pas membubarkan
partinya apa lagi untuk mengarahkan pendaftar pertubuhan berbuat demikian
meskipun secara provokasi. Penulis belum nampak tanda-tanda seperti itu
berlaku.
Makanya, bagi penulis
Pas-lah yang wajar bermuhasabah semula terhadap kedudukan partinya dalam PR
lebih-lebih lagi untuk berdamping rapat dengan DAP. Pas tidak sepatutnya degil
dalam perkara sebegini jika Pas benar-benar insaf dan sayang kepada agama Islam
dan bangsa Melayu. Jika bernafsu sekalipun hendak memerintah negara, Pas boleh
merealitikannya dengan cara lain tanpa bantuan DAP dan PKR seperti yang penulis
garap pada tulisan yang lalu di sini.
Tapi, bukanlah sekarang
atau dalam tempoh sehampir-hampir ini. Bak kata orang tua-tua, "biarlah
lambat sedikit tetapi selamat dan berkat"
Jagindas: Dengan sergahan Pas, apakah Karpal Singh akan mohon maaf kepada Pas? Sama-sama kita lihat apa wayang DAP terhadap melayu Islam seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.